Mampukah perjanjian damai?

on 11.3.10

Mari kita mengulangkaji sejarah perlanggaran piagam-piagam dan perjanjian-perjanjian oleh pihak Zionist Israel (Israel) yang kononnya inginkan perjanjian damai serta diplomasi dalam menyelesaikan isu di Palestin.

Pelanggaran Israel terhadap Undang-Undang Antarabangsa


Resolusi 181 – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya memperuntukkan 55% dari negara Palestin kepada pandatang Yahudi. Tetapi, Israel telah menawan lebih banyak daripada peruntukan itu iaitu sebanyak 77% selepas berjaya memengani peperangan pada tahun 1948 antara Penduduk Arab. Sebuah persetujuan yang ditaja oleh Amerika Syarikat iaitu Rhodes Armistice (Perjanjian Damai Rhodes) pada tahun 1949 meluluskan tambahan wilayah yang dikuasai oleh Israel.

Resolusi 194 (III) –Keizinan diberikan kepada pelarian Palestin untuk kembali ke rumah-rumah mereka selepas 800,000 rakyat palestin diusir oleh pengganas yahudi selepas perang 1948. Kini setelah 61 tahun resolusi ini diluluskan, Israel masih tidak membenarkan pelarian tersebut pulang. Bilangan pelarian Palestin di khemah-khemah pelarian di Jordan, Syria dan Lebanon kini telah mencecah lebih dari lima juta orang.

Resolusi 242 - Pengishtiharan pendudukan Israel di baitul Maqdis timur (seluruh Tebing Barat dan Semenanjung Gaza) adalah tidak sah dan Israel wajib berundur ke garisan Hijau seperti yang dipersetujui dalam perjanjian Rhodes pada tahun 1949. Sehingga hari ini Israel masih berdegil.

Resolusi 237 - PBB menolak pendudukan Baitul Maqdis dan pengisytiharan Israel sebagai ibu negara.

Resolusi 405 - Pada tahun 1988, PBB secara jelasnya memperakui Baitul Maqdis sebagai wilayah Palestin yang diduduki.

Israel telah mengistihar Baitul Maqdis sebagai ibu negara abadi Israel pada 30 Julai 1967. Pengisytiharan Israel ini diperakui oleh pentadbiran Bush apabila Presiden Bush menandatangani The State Department authorization Act (HRH 1646) pada 30 September 2002, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Presiden-Presiden sebelum beliau. Natijah dari akta tersebut, arahan dikeluarkan agar semua dokumen rasmi Amerika Syarikat mesti merujuk Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

Liga Negara-Negara (League of Nations), badan dunia yang mendahului PBB telah membuat penyiasatan pada tahun 1937 ke atas kedudukan ’Tembok Al-Buraq’ (tempat Nabi Muhammad s.a.w. mengikat tunggangannya dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj) dan mengesahkan ia sebagai warisan yang dimiliki umat Islam.

Israel kini berita-cita untuk merobohkannya dan menggantikan dengan sinagog mereka yang diberi nama 'Haikal Sulaiman'. Dalam hal ini Israel telah meletakkan tuntutan ke atas ’Tembok Tangisan’ (Wailing Wall) iaitu sebahagian daripada tembok sebelah barat Haram Al-Sharif.

Apabila berlaku rusuhan Tembok Buraq (The wailing wall’s riot) pada tahun 1929, Suruhanjaya yang dibentuk oleh Israel juga menuntut kedaulatan ke atas ’kawasan Yahudi’ yang terletak di sebelah barat Haram Al-Sharif. Kawasan ini pada asalnya merupakan kawasan Arab, dan penempatan Yahudi dibina di atas tanah wakaf umat Islam. Tidak ada sebidang tanah pun yang menjadi milik Israel atau Yahudi.

Perjanjian Oslo 1993 - Israel akan menghentikan pembinaan penempatan Yahudi di baitul Maqdis timur dan Tebing Barat. Tetapi, Israel giat mendirikan penempatan tambahan Yahudi selepas Oslo.

Kes pembinaan perumahan Yahudi di Jebel Abu Gneim (Yahudi merujuknya sebagai Har Homa) di Baitul Maqdis dan di tempat-tempat lain adalah isyarat jelas bahawa Israel mengolok-olokkan Perjanjian Oslo ciptaan mereka sendiri.

Tujuh tahun pasca Oslo, bilangan pendatang Yahudi di Tebing barat meningkat sekitar 100,000 orang kepada sekali ganda dari bilangan tersebut. Selain itu, Oslo juga mensasarkan dalam tempoh lima tahun selepas Oslo (1998), status muktamad negara Palestin akan diputuskan berdasarkan kepada Resolusi 242 dan 338 iaitu Israel akan berundur sepenuhnya dari wilayah yang diduduki pada tahun 1967. Kini (2010) iaitu 17 tahun pasca Oslo, negara Palestin merdeka yang dijanjikan tetap menjadi fatamorgana yang memperdayakan.

Tahun 1999 - Regim zionis telah membuat penegasan berikut yang amat jelas bertentangan dengan isi kandungan perjanjian Oslo iaitu:

1. Israel sama sekali tidak akan berundur daripada sempadan sebelum 6 Jun 1967 (tarikh bermulanya Perang Enam Hari, 1967);
2. Baitul Maqdis kekal sebagai bandaraya yang disatukan di bawah kedaulatan Israel sebagai ibu negara Israel
3. Penempatan Yahudi (di wilayah yang diduduki) kekal di bawah kedaulatan Israel.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice (IJC) memutuskan bahawa tembok pemisah yang dibina oleh Israel sebagai melanggar hak-hak rakyat Palestin dan perlu dirobohkan

Israel telah menubuhkan tembok Apartheid yang memisahkan penempatan-penempatan Yahudi di Baitul Maqdis Timur dan di sepanjang Tebing Barat yang bersempadan dengan Israel (sempadan wilayah yang diduduki pada tahun 1949).

Israel cuba berdolak-dalih dengan mendakwa tembok yang dibina sebenarnya adalah ‘pagar’ (fence) sementara dan bukannya ‘tembok’ (wall). Namun, hakikatnya tembok itu membawa implikasi pendudukan kekal Israel ke atas 43% dari wilayah Tebing Barat dan meletakkan baki 57% lagi dalam daerah-daerah yang terpisah-pisah.

Untuk meyakinkan dunia tentang sikap perikemanusiaan dan belas kasihan, Israel menyediakan 41 pintu-pintu pertanian untuk rakyat Palestin menguasaha ladang mereka. Hakikatnya tembok itu bukan sahaja memisahkan di antara keluarga rakyat Palestin, malah menyebabkan mereka kehilangan tanah pertanian mereka yang tidak lagi boleh diusahakan. Tembok itu memberi laluan kepada Israel untuk mengambil alih lebih banyak kawasan Arab yang dikepungnya.

Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1860 - Saluran barangan keperluan dan agihannya di seluruh Gaza mestilah berlaku tanpa sebarang sekatan, dan ini termasuk makanan, bahan api dan keperluan perubatan.

Kini Israel mengenakan sekatan ekonomi menyeluruh dan mengepung Gaza dengan menutup semua laluan udara, laut dan jalan darat sejak dari tahun 2007 sehingga menjerumuskan Gaza ke dalam krisis makanan, ubat-ubatan dan lain-lain bahan keperluan asas yang kritikal.

Amerika Syarikat yang kononnya mempertahankan hak asasi manusia berdasarkan Deklarasi hak Asasi Manusia sejagat (Universal Human Rights Declaration 1948) hanya melihat sahaja tindakan biadap Israel mengenakan sekatan ekonomi ke atas gaza, bahkan melakukan serangan paling ganas ke atas gaza pada penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009 menyebabkan 1,500 penduduk Gaza terbunuh separuh dari mereka adalah wanita dan kanak-kanak.

Jadi, siapakah pengganas sebenar dan siapa mangsa keganasan? sehingga tiada satu jaminan yang kukuh..mana mungkin jalan perjanjian damai boleh diyakini lagi.

As-Shaheed Obaidah

on 21.9.09

Gambar ketika bertunang



Subhanalllah...

mula-mula dapat berita tentang akhuna ubaidah ditembak pada 27 Ogos sudah dapat dijangka jangka bahawa beliau akan dipanggil Allah..beliau ketika masih koma sudah didakwa atas tuduhan cubaan membunuh askar Israel walhal beliau hanyakeluar untuk ke Masjid.. Akhirnya berita kesyaheedannya sampai jua..

beliau di jadualkan untuk berkahwin Syawal ini..

***

salam brothers and sisters,

Obaidah Alqudsi, a Palestinain artist, known among his friends for his beautiful voice and lovely character. 2 days ago, Obaidah passed away in an Israeli hospital, after being held as an injured prisoner. On 26th August, Obaidah was heading to the Abraham Mosque in the Old City of Hebron. While walking to the mosque, Israeli soldiers shot him 4 explosive bullets; two in the abdomen and two in his legs.

Obaidah, the peaceful soul was murdered in the street with cold blood. Ambulance vehicles were banned from attending to his bleeding body for 30 minutes. Seeing him bleeding didn’t satisfy their evil lust for blood, hence, they beat his body mecilessly. After a while, he was arrested and sent to an Israeli hospital in occupied Jerusalem. Ever since Obaidah was under their custody, he was in a comma. Obaidah spent about 3 weeks in the Israeli hospital; and his family was not allowed to visit him till the last day of his life!

On the morning of the 13th of September, Obaidah’s soul departed to its creator seeking his ultimate justice. Hasbunallahu wa ne’mal wakeel.

Obaidah will always be remembered among his family and friends for his sweet voice and lovely smile. His poetry and Nasheed will always be celebrated by Palestinians, Muslims and all free people of the world as true words of wisdom and honor.



Synopsis about the martyr:

Obaidah Maher Abdul Mu’ti Alqudsi Dwaik.

Born in 1984 in Hebron city-Palestine for a respected family, his father is a well known ustaz and businessman.

Obaidah started his education as early as 5 years in the kindergarten of the Islamic Youth Society. He later joined the Al-Shar’iyah School of the Islamic Charitable Organization. He completed his school education in 2002 with an excellent score of 84 %.

He later joined the International Islamic University Malaysia where he earned a bachelor degree in Communications and Journalism.

During his presence at the International Islamic University Malaysia, Obaidah was one of the active students in cocurricular activities and was always a forerunner in working for any Ummatic issue. Obaidah was elected into the main board of Al-Aqsa friends’ Society in 2003 to serve for one year as one of its most active members. And from the year 2004 till 2007 he led the famous Al-Aqsa Nasheed Group in IIUM.

In 2008 he returned to his hometown in Palestine to live with his family and run his father’s business. He got engaged few months later and arranged for his wedding to be held right after eid alfitri. Unfortunately, the crinminal Zionist soldiers didn’t let his family celebrate this eid happily nor let Obaidah’s fiancée enjoy her future with him!

Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin
Palestine Centre of Excellence
PACE

Palestine will be free

on 11.8.09

Balada Palestine~

on 28.7.09




Untuk palestin dalam cengkaman zionis

Tertuduh teroris tanyalah statistik

Siapa yang mati Siapa yang sadis

Siapa iblis cari pasal tak habis-habis (ulang 2x)


Cuba bayangkan kita duduk rehat

Kat ruang tamu rumah tangah lepak-lepak

Pastu datang sekumpulan orang

Yang tak kita kenal

Namanya tak terhafal, masuk rumah buat hal

Dia terus mengaku rumah milik dia

Ntah datang dari mana mengaku ikut suka

Selamba dia lepak... usik itu ini

Semua barang kita...buat harta sendiri

Pastu makin lama makin ramai datang

Ceroboh tiap pelusuk rumah sampai penuh

Bila kita cuba usir diorang mula melawan

Kita dituduh ganggu hak diorang untuk aman

Memang tak masuk akal tapi itu yang jadi

Itulah Palestin tuan rumah dizalimi


Bang bang boom bukan bunnyi bunga api

Takda warna-warni bukan sambut Aidilfitri

Zionis datang lagi bingitkan malam sunyi

Percikan merah kat dinding selubungi diri

dan memori pikir camna nak lari

Sembunyi anak kecil fobia dengar bunyi

Yang lain tengok pastu sambung bergembira

Hanya bersuara cam guruh kat udara

Rintihan demi rintihan jadi rentetan

Celoreng askar setan igauan mengerikan

Nilah jadi bila Islam hanya fantasi

Nak lawan susah Zionis realiti

Rasa kita seketika buat sementara

Rasa diorang kekal, selamanya

Apa lagi nak cari apa lagi kita selongkar

Nak cari dalam laci semangat yang membakar??


Tiada satu darah insan yang gratis

Lihat peperangan egois Zionis

Satu demi satu jiwa diratah kejam

Hari demi hari hidup rasa terancam

Derita tak reda hidup terus tertindas

Das demi das halang erti bebas

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Membatukan hati terus membisu

Mana suara dunia tak kira apa bangsa

Ada mangsa kat sana tunggu nasibnya dibela

Jangan biarkan palestin hidup keseorangan

Atas nama kemanusiaan dan keadilan

Kematian ribuan bukan hanya angka

Tapi ujian pada semua agar bersuara

Kelak bila disoal apa bentuk sumbangan

Pandai-pandailah nak jawab soalan depan Tuhan


Cadangan Khutbah Jumaat Mei - Jun

on 3.6.09

Khutbah Jumaat Palestin ( Nakbah & Naksah )


 

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ،

 فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


 

Sidang jumaat yang dimuliakan

Khutbah Jumaat kita pada hari ini akan membawa kita mengimbau kembali beberapa peristiwa penting yang berlaku ke atas masjid Al-Aqsa. Masjid yang telah diwaqafkan kepada umat Islam oleh Khalifah Umar Al-Khattab sebaik sahaja beliau membuka negara Palestin dari genggaman tentera salib 1300 tahun yang lalu.

Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga yang paling mulia di sisi kita umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid di mana berlakunya Israk dan Mikraj. Dan yang paling penting masjid pertama yang menjadi kiblat, arah kita bersujud sebelum berubah arahnya ke Kaabah.

Dalam sebuah peristiwa yang pasti menyentuh hati kita, tatkala Khalifah Umar Al-Khattab menjejakkan kaki ke Masjid Al-Aqsa, beliau mendapati masjid tersebut menjadi tempat buangan sampah semata. Lantas pemimpin yang zuhud hatinya itu tadi menyinsingkan lengan bajunya dan mengaut ke luar sampah-sampah tersebut.

Sahabat-sahabat beliau ketika melihat peristiwa itu segera menuruti langkah Umar Al-Khattab. Bagaimana tidak tersentuh masyarakat Nasrani yang melihat peristiwa tersebut. Seorang pemimpin nombor satu umat Islam sendiri mengutip sampah sarap dengan tangannya sendiri.

Khalifah Uthmaniah yang terakhir, Sultan Abdul Hameed ketika ditawarkan wang serta kekayaan untuk ditukarkan dengan sebahagian kecil dari jajahan kuasanya di palestin dengan tegas berkata, "Demi keturunanku, beta lebih rela dikerat daging dari tubuh beta sendiri daripada mengeluarkan Palestin dari tanah orang Islam. Tanah Palestin bukan milik beta tetapi milik orang Islam keseluruhannya. Beta tidak akan membenarkan sesiapa mengambilnya selagi beta masih hidup. Tetapi jika suatu hari khilafah Islam tumbang, anda boleh mengambilnya dengan percuma."

Itulah yang terjadi pada hari ini. Kiblat pertama kita, bumi para Anbiya dan rasul, bumi yang telah di muliakan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagaimana di dalam surah Al-Israa` ayat 1-4:

سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنه هو السميع البصير

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi telah menggambarkan sifat keji bangsa ini melalui bukunya, 'Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah', bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadah, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah.

Benarlah firman Allah sepertimana yang di bacakan khatib di awal khutbah tadi :


 

Maksudnya: " Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh."                

(al-Maidah ayat 78)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Tanggal 14 Mei 1948, buat pertama kalinya bendera yang berlambangkan 'Star of David', iaitu bendera rasmi Israel dikibarkan di negara Palestin. Keesokan harinya pula, pada 15 Mei 1948, negara haram Israel telah diisytiharkan kewujudannya dan disambut gilang-gemilang di seluruh dunia sebagai Hari Kemerdekaan Israel setelah memenangi Peperangan Arab – Israel yang pertama.

Perdana Menteri keempat negara haram Israel, Golda Meir, pernah berkata:

"Kita tidak mengambil tanah ini daripada rakyat Palestin. Mereka (rakyat Palestin) sebenarnya memang tidak pernah wujud."

Daripada deretan peristiwa dan tregedi yang berlaku di Palestin, negara haram Isreal bukan sahaja tidak jemu-jemu melanggar hak asasi umat Palestin sejak 60 tahun dahulu, malah langsung tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pertama, Israel melanggar ketetapan PBB 149 (III) mengenai hak pelarian (1949). Kedua, Israel tidak pernah melaksanakan ketetapan PBB 242 (1947) yang mengarahkan keluar dari Tebing Barat dan Baitul Maqdis. Malah, Israel mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negaranya.

Israel menuduh HAMAS sebagai penghalang Israel untuk menghormati hak rakyat Palestin. Sedangkan, HAMAS hanya muncul pada tahun 1987, dan berkuasa di Palestin pada tahun 2006. Jadi, bagaimana Israel menjawab hampir 40 tahun kekejaman dan penyembelihan yang dilakukannya sebelum kewujudan HAMAS lagi?

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Mulai tahun lepas 2008, 15 Mei akan diingati sebagai tarikh penting peristiwa Nakbah. Kempen akan dilaksanakan di seluruh pelusuk negara untuk memperingati peristiwa Nakbah ini. Juga, seluruh umat Islam umumnya dan rakyat Malaysia khususnya digesa menyebarkan penggunaan istilah 'NAKBAH' supaya umat Islam punya kepekaan yang tinggi terhadap tragedi ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Pada bulan Jun 1967 pula, umat Islam dianda oleh satu lagi kekalahan besar atau 'NAKSAH' Pada tarikh tersebut jatuhlah pula Semenanjung Gaza, Tanah Tinggi Golan, Semenanjung Sinai, Tebing Barat dalam peristiwa yang disebut sebagai Perang enam hari. Peristiwa ini amat penting dalam batu tanda sejarah konflik Arab-Israel sejak tahun 1947 kerana bukan sahaja kekalahan ini menyebabkan wilayah-wilayah Arab seperti Bukit Golan, Tebing Barat, Sinai, Baitul Maqdis Timur dan Gaza jatuh ke tangan Israel, bahkan lebih penting lagi Masjid al-Aqsa menjadi tawanan Israel sehingga kini.

Pada 5 Jun 1967, tepat pukul 7.45 pagi waktu Israel (8.45 pagi waktu Kaherah), jet-jet pejuang Israel telah membedil kedudukan pangkalan tentera Arab di Mesir, Syria, Iraq dan Jordan. Sementara itu, pangkalan tentera udara Mesir di sekitar Kaherah, Terusan Suez dan Lembah Nil menjadi sasaran utama bedilan jet pejuang Israel. Serangan udara Israel ini menandakan permulaan perang 6 hari Arab-Israel 1967. Perang ini kemudiannya berterusan dari 5 Jun hingga 11 Jun 1967, sebelum Israel dan negara Arab bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata berdasarkan resolusi PBB 233, 234 dan 235.3.

Perang yang berlaku selama enam hari ini menyaksikan pakatan negara Arab yang diketuai oleh Presiden Gamal Abdul Nasser dari Republik Arab Bersatu (Mesir) tumpas kepada Israel dalam keadaan yang amat memalukan. Republik Arab Bersatu selain kehilangan wilayahnya di Gaza dan Sinai turut menyaksikan lebih 15 ribu tenteranya terkorban dan lebih 5000 lagi hilang tanpa dikesan. Manakala lebih 700 tentera Jordan terkorban dan 450 tentera Syria maut.

Sementara bagi Israel pula 679 orang tenteranya telah terkorban. Dari segi kemusnahan kelengkapan pertahanan pula, lebih 15 peratus daripada kelengkapan tentera Republik Arab Bersatu bernilai lebih US$2 juta telah dimusnahkan termasuklah 320 kereta kebal, 480 senjata berat dan ringan dan 10,000 kenderaan tentera telah dirampas oleh Israel. Lebih 85 peratus kelengkapan pertahanan udara Republik Arab Bersatu telah dimusnahkan oleh Israel.

"Never in the history of military aviation has the exercise of air power played so speedy and decisive a part in modern warfare."

"Tidak pernah dalam sejarah peperangan, serangan udara yang cukup luar biasa dari segi kekuatan dan kelajuan yang amat signifikan dalam era peperangan modern ."

Demikianlah pandangan seorang penganalisis perang British, R. Goring Morris dalam menggambarkan kejayaan Israel. Perang ini juga menyaksikan masalah pelarian Palestin kian meruncing khususnya dengan pertambahan pelarian yang mendadak dari Tebing Barat. Sementara itu di Baitul Maqdis Timur, penaklukan Israel menyaksikan proses 'meYahudikan' kota bersejarah tersebut dilakukan secara agresif oleh Israel.

Laporan berhubung Baitul Maqdis Timur (Jerusalem Timur) oleh Ernesto A. Thalman, wakil Setiausaha Agong PBB, U-Thant pada September 1967 mengesahkan tindakan tidak bertanggungjawab Israel jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Thalman dalam laporan beliau mengkritik Israel yang mengaplikasikan undang-undang Israel di Baitul Maqdis mulai 28 Jun 1967.

Lebih 75,000 penduduk Arab Islam iaitu kira-kira 81 peratus dan Arab Kristian berjumlah 17 peratus mula berdepan dengan tindakan Israel merampas tanah-tanah mereka, meruntuhkan bangunan kedai dan kediaman dan sebahagian besar penduduk Arab ini keluar dari penempatan mereka di Baitul Maqdis Timur. Ini adalah peristiwa besar yang harus diceritakan kepada masyarakat supaya mereka sedar akan kerosakan dan kefasadan yang dilakukan oleh puak Zionis laknatullah.

Apa yang lebih menyedihkan ialah Masjid al-Aqsa telah dicemari dengan pelbagai perbuatan biadap tentera-tentera sebaik sahaja mereka memasuki perkarangan Masjid dan meraikan kemenangan mereka. Tindakan biadap dan keji tentera zionis ini tidak layak atas mana-mana rumah ibadat atau tanah suci bagi mana-mana agama sekalipun, apatah lagi ke atas Masjid ketiga tersuci dalam Islam. Bukan sahaja masjid al-Aqsa dan masjid-masjid lain terus terancam oleh kebiadapan manusia tidak bertamaddun zionis bahkan gereja-gereja bersejarah di Baitul Maqdis juga tidak terlepas dari tindakan keji Israel. Berapa banyak masjid dan gereja yang telah ditukar menjadi kandang kuda, tempat hiburan dan dirobohkan. Inilah akibat manusia yang selalu engkar kepada Tuhan dan selalu melanggar perentah Tuhan sejak dari zaman Nabi Musa A.S.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Kekalahan yang dideritai oleh umat Arab dalam peristiwa An-Naksah pada 5 – 10 Jun 1967 adalah isyarat jelas bahawa hanya Islam yang boleh menyediakan jalan keluar kepada kemelut yang dihadapi oleh umat Islam. Negara-negara Arab berjuang di atas landasan Nasserism (ketaksuban kepada pemimpin Arab – Gamal Abdul Nasir) yang menyaksikan kekalahan maha dahsyat. Kemudian mereka berjuang pula di atas dasar Sosialisma dan Nasionalisme Palestin yang diterajui oleh PLO. Akhirnya kesemua bentuk-bentuk perjuangan yang tidak berteraskan Islam ini berakhir dengan kekalahan dan kelemahan. Namun fajar mulai menyinsing apabila perjuangan ini didasarkan di atas jalan jihad yang jelas. Kemunculan HAMAS sebagai gerakan Islam secara rasmi di pentas politik dan intifadah (penentangan) di Palestin telah memberi harapan baru kepada seluruh dunia Islam. Akhirnya kemenangan yang ditunggu-tunggu adalah sesuatu yang dekat dan boleh dicapai dengan izin Allah SWT.

Generasi muda kita hari ini harus diterapkan semangat jihad yang tinggi supaya mereka juga menjejaki langkah generasi muda di Palestin yang menyerahkan jiwa raga mereka demi mempertahankan maruah umat Islam dan kemuliaan Masjid al-Aqsa. Jika mereka di Palestin telah memberikan nyawa mereka maka kita tidak punya alas an untuk tidak mengorbankan harta,masa dan tenaga kita demi perjuangan suci ini. Firman Allah SWT


 


"Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: ""Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!"

(Al-Nisaa` : 75)


 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


Abdullah Mujahid Hasanuddin

Palestine Centre of Excellence (PACE)

with abah at mu`tamar Al-Quds

on 28.5.09







alhamdulillah, ,masa untuk berkerja :)

“Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: “”Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!”

(Al-Nisaa` : 75)

Prelude mu`tamar Al-Quds '09

Setibanya di Istanbul

Bersama Sheikh Raid Solah~

Pemandangan dari bilik disebalik cermin :)

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memudahkan perjalanan kami dari Malaysia ke Dubai ke destinasi mu'tamar di Istanbul '09. Pelbagai pengalaman di perolehi untuk di kongsikan, Namun sekrang sedang sibuk menterjemahkan dan resolusi dan dokumen program..
iAllah akan dikongsikan secepat mungkin~

Sesi Bersama Dr Mohsen Salleh

on 14.5.09





reunion at the iron wall

on 6.4.09

when the two sifoo meets

reunion after several years

rufaydah dah besar

sheikh Al-aqsa ditahan

on 23.3.09

Israeli Police arrest Sheikh Raed Salah

In recent days, Israel has increased aggressive treatment of Palestinians within Jerusalem. Following the announcement of Jerusalem as the ‘Capital of Arab Culture’ 2009, Israeli police prohibited and prevented any celebrations within the city. Dozens of Palestinians have been arrested for trying to celebrate their cultural heritage within Jerusalem.

Arrest and Harassment


Sheikh Raed Salah, the Mayor of Umm al-Fahm, was arrested during a press conference in Jerusalem held by the family of wounded American activists Tristan Anderson. Tristan was shot in the head with a tear gas canister by Israeli occupation forces in the West Bank while he was peacefully demonstrating against the building of the Wall.
The press conference was deemed ‘illegal’ by Israeli authorities, desperate to keep details about the circumstances of Tristan’s severe injury away from the international public. When it was nevertheless held, police officers raided the area beating several journalists and activists and making several arrests.
The arrest of the prominent leader Sheikh Raed Salah has drawn sharp criticism from Palestinians, who claim that the actions of Israel in recent days confirms accusations levelled against the state of a deliberate move to ‘Judaise’ Jerusalem and remove all Palestinian heritage from the area.

with Sheikh in november 2007

demonstration against israeli assault on gaza

on 3.1.09

A Demonstration Expressing Our Solidarity Towards Our Brothers and Sisters in Gaza & Palestine

30th December 2008

U.S. Embassy, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia

wakil-wakil JIM Karisma & PACE

Free Al-Quds!!

Our Palestinian Brothers~

Ne-Ja ^__^

Sebahagian dari demonstrator

Para demonstrator dari sudut yang berbeza

Road Show Palestine `08 K-UIA

on 25.8.08

yeay!! bersemangat nih hehe

Skuad avanza RSP UIA :)

cube kira 1,2,3,4 & 5 biji kereta!!

insinyiuur Thani driver utama skuad avanza

Marwan di CP pertama


Nuh cuba cari tempat nak gantung..

ni pun tak leh lagi..tak cukup tinggi kot :p

Akhirnya~

Antara "mangsa-mangsa" dalam serbuan ini

Alamak cepat-cepat hujan..terus ke CP berikutnya..

Perbarisan ahli convoi RSP `08

Ape yang abang tau pasal issue palestine??

"Alaa pakcik try je..salah pun tak pe..."

Bebaskan Al-Aqsa!!

kemaruk amik gambar cermin hehe~

lagi berita di blog Karisma Daerah Gombak

laporan bergambar untuk program di bawah

on 22.8.08

mr.emcee :)

Tilawah
subhanallah..sedap bacaan dia

Cikgu Azmi from TERAS
*kawan sepermusafiran ke Istanbul :)

Persembahan montaj diringi
kanak-kanak memegang lilin..
menarik..

credit to aunty mimi sebab bagi "pinjam"
ilyas ngan sara
-sume pun puji "pandai jiwai watak" hehe

Main speaker
"Dr Ata`ullah Kopanski"

Alhamdulillah sambutan amat menggalakan
penuh dewan :)

wakil Karisma yang sempat ditangkap gambarnya..
nela n kak wan maryam..


berakhir dengan doa yang cukup syahdu..

"Allahumaa harrir Aqsaana..
Allahumma A`aizzal islama wal muslim..
Allahumma Aslih syababal muslimeen..
Allahumma wahhid ummatal muslimee.."

huhu gambar tak bape cantik kali ni -_-"
kena belaja banyak lagi..

p/s
sape tau kenapa amik gambar lilin dalam gelap tu keluar cam reflect??
yang macam kunang2 tu??