Aku & Ramadhan

on 27.10.06

bismillahirrahmanirrahim..
Blog ini sengaja kubiarkan sepi tanpa sebarang up-date..mungkin kerna aku berasa lemah diatas kesakitan yang ku alami..mungkin juga kerna madrasah ramadhan yang mengikatku dari membiarkan jejari ini menari diatas papankunci ini..hurmm hakikatnya hanya tuhan yang tahu mengapa tiada gesa dalam jiwa ini untuk meluahkan isi hati yang berbuku..walau apa jua jawapan yang difikirkan,aku sudah tidak berani untuk berjanji untuk mengup-date blog ini..
tetapi apakah dinamakan blog jika tidak di up-date??
Ade sesuatu yang lebih menarik untuk dikongsikan..tentang manisnya madrasah RAMADHAN dan apa yang telah aku pelajari darinya..Ramadhan tahun ini cukup berbeza dari ramadhan yang sebelum2 ini..banyak sungguh `ibrah atau pengajaran yang dapat di kutip..
ramadhan tahun ini yang menjelma kira2 beberapa minggu selepas hentakkan yang menggegarkan otakku seraya menyebabkan aku menjalani sume jenis scan hehe x-ray,ct-scan,
ngan ape ntah name scan yang satu lagi tu tak ingat plak..kna masuk macam microwave selama 2 jam(time ramadhan tuh) ..semua yang berlaku ini bagiku begitu indah di aturkan oleh Allah supaya aku sedar bahawa selama ini aku tidak begitu menggunakan sepenuhnya kudrat yang kumiliki ini untuk memenuhi tuntutanNya i.e solat 5 waktu dimasjid,pergi kelas on-time,tak de alasan untuk ponteng usrah atau alasan untuk tak bawak usrah,juga ponteng pergi meeting2 yang ada,lewat pergi daurah dan banyak lagi kekurangan yang timbul atas sebab aku tidak menggunakan kudrat secara optimum...Maha Suci Allah yang mengaturkan segala yang terjadi..
Ramadhan yang datang kali ini telah aku lalui dengan semampu aku dan aku lebih berpuas hati dengan prestasi diri ini..hehe mungkinkah sudah selayaknya aku meraikan kemenangan ini di aidilfitri???hanya Allah yang boleh menilainya..aku harap ruh ramadhan yang menguatkan aku untuk beramal akan terus subur dah hidup dalam diriku..semangat untuk memenuhi 5 waktu di masjid @ surau,memperbanyakan membaca al-quran,qiyam&tahajjud i`tikaf dll ku harap terus kekal..
Semoga madrasah ramadhan kali ini menjadikan aku lebih gigih dan tabah serta menghargai diri sendiri dan org lain..moga roh dan smangat ramadhan terus hidup dihati yang mudah berbalik ini..
"dan apabila kamu (muhammad) disoal oleh hamba2Ku tentang diriKu maka
katakanlah bahawa Aku ini hampir dengan kepada mereka,Aku kabulkan
permohonan orng yang berdoa apabila dia berdoa.Hendaklah mereka
memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu,agar mereka memperoleh
kebenaran..."
Q 2:186
Bukankah ayat ini turunkan dikalamana Allah bercerita tentang ramadhan&ibadah puasa..pasti Aku rindui madrasah ini..moga aku berkesempatan untuk melaluinya tahun hadapan..

0 comments: