jom berdakwah [ 1 ]

on 14.1.08

Da`ei : layakkah anda??

“dakwah??alamak..aku ni tak cukup ilmu lagi la nak bedakwah..”

“mane la layak aku nak tegur orang tu..”

Selalu kan kita dengar orang cakap sebegini bila di ajak melakukan amr ma`ruf nahi mungkar..agaknya anda pun selalu kan??
Jom kita toleh sedikit ke belakang sebelum kita berlari kehadapan ;)

Cuba anda bayangkan apa akan terjadi seandainya Abu Bakr As-siddiq menunggu sehingga Islamnya sempurna sebelum memulakan da`wahnya??pasti Islam tidak akan berkembang bukan??

Di zaman Rasulullah dulu manakah yang Baginda dahulukan? Da`wah atau Fikah? Apakah Islam telah sempurna ketika Rasulullah memulakan da`wah baginda bersama para sahabat?

Maha Suci Allah yang telah memulakan wahyuNya dengan ayat


dan menamatkan wahyuNya dengan ayat berikut:


walaupun terdapat khilaf tentang ayat mana yang terakhir di turunkan,namun yang pasti ayat ini merupakan antara yang terkhir di wahyukan kepada Baginda tercinta..
Ayat yang dari Surah Ma`idah ini merupakan titik tanda penyempurnaan Islam dan petanda yang Baginda sudah selesai melaksanakan amanah Beliau dan akan kembali menemui kekasih agungNya.

Ini bermakna Islam itu sendiri hanya sempurna setelah Abu Bakr berdakwah selama 23 tahun barulah Islam sempurna diterima oleh Abu Bakr..Benarkan??

Ayuh kita berfikir lagi..

Ketika mana Mus`ab bin Umayr dihantar ke Madinah untuk menjadi Naqib,Murabbi atau apa sahaja istilah yana anda selesa dengannya..Adakah beliau sudah memiliki Ilmu yang sempurna??sedangkan kala itu Hijrah masih belum berlaku..Wahyu juga masih di peringkat awal..hmm apa yang Mus`ab bin Umayr sampaikan ya?? Sampai Beliau berjaya menarik cukup ramai warga Madinah untuk menerima Islam yang masih belum lengkap itu?

“ada 10sen bagi 10sen,ada seringgit bagi seringgit..jangan nak tunggu ada 10ringgit baru nak memberi…”

Kata-kata yang saya dapat dari Ustaz Alias Osman..hmm bukankah itu bermakna??

“Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya.”

Tapi Awas!! Hendaklah kita jujur dalam menyampaikan sesuatu..Da`ei perlu jujur..
Jika hendak menyampaikan sesuatu itu hendaklah kita pasti dengan perkara itu..Ketahuilah setiap kata-kata yang terlanjur dari mulut itu pasti ada akibatanya.. walaupun sekadar sepatah kata..Allah maha Adil..

3 comments:

Anonymous said...

ustaz alias othman la. nama mesti betul. :P

setuju sgt dgn what u said. said bin jubair berkata, "kalau setiap seseorg tak mahu amar makruf nahi mungkar sehingga keadaannya sempurna, maka takde sorg pun yg akan buat kerja tersebut." dan nak tambah, sampai bile kita nak rase diri kita sempurna? sape yg menilai? ape kayu ukur die? takyah pikir byk2...bismillah, terus jalan.

Anonymous said...

ya.. episod dakwah bermula.. teruskan... kerana mahu melihat ke mana hala tuju jom berdakwah ini. :)

As said...

"..ballighuni walau ayah.."

itupun nabi pesan sampaikan daripaku walau satu ayat, bukannya ayatan (banayk2 ayat). Nampak jelas betapa tak kire ilmu sikit mana pun, tak pelru ditunggu banyak2 ilmu baru nak share, melakukan 'amar ma'ruf nahi mungkar..
bukannya isu baru, tapi kerap kali disebut, cuma manusia banyak dalihnya. Kitalah tu manusia..moga kita semua tergolong dalam mereka yang berada di jalan lurus, ameen2.