dirompak "polis"

on 22.7.08


Tepat jam 12 tengah malam setelah mengucapkan selamat hari lahir buat dhany
(dah 23 tahun dah perasan muda lagi :P )..
saya dikejutkan dengan berita "binaan" dhany telah dirompak..
berita diterima jam 2 pagi yang Hafiz telah dibawa ke unit kecemasan hospital Kuala Lumpur..

Saya dan Auzan segera bergegas ke rumah Dhany dan bergegas ke HUKL, setibanya disana Hafiz sudah selesai dibersihkan lukanya dan menunggu giliran untuk pemeriksaan lanjut sebelum ke Balai Polis untuk menyelsaikan laporan..

malam tu Hafiz nak pergi rumah kawan..on the way ade orang naik motor tegur..
"buat apa ni malam malam? kau ******* eh? aku polis!!jom ikut pergi balai utuk cek rekod jenayah!!" Hafiz pun ikut je la sebab ingat polis..sampai kat tepi highway dia berhenti dan mintak barang barang berharga..Hafiz pun menjerit la bila dia keluarkan Pisau.."Polis" tadi terperanjat..
dia tumbuk Hafiz lepas tu guna pisau pulak..Tiba tiba ade orang Indonesia dengar Hafiz jerit datang tolong.."Polis" tadi takut nampak orang Indonesia tu terus lari tinggal motor dan handphone dia..

hmm apa telah jadi pada dunia??

4 comments:

nurilahi said...

dunia dunia..

Yang penting jangan mudah percaya agaknya, tapi wallahu khairul maakirin. Sebagai musibah peringatan..

kahfi8 said...

kena tanya dia ade kad polis ke tak patutnya.. luka sikit je ke teruk?

almuhandisMOD said...

Na'udzubillah min zalik...

Bahaya betul, orang lelaki pun kena ber"mahram" jugak kalau nak bermusafir zaman sekarang nie...

r.i.p.searcher said...

wow, the perompak nowdays have so many creative way to merompak.. wat a cruel world