jaulah ke gunung berinchang

on 2.3.09

my happening usrah members who devote themselves to the da`wah..

Alhamdulillah, bertemu semula kita di ruangan maya ini. Setelah sekian lama tidak menulis mungkin kerana masih menyesuaikan diri dengan cara hidup yang baru yakni hidup berkeluarga dengan jadual belajar dan jadual amal dakwi yang semakin padat. semoga Allah terus memberikan saya kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam mengharungi hidup ini. Baru sahaja saya bersama ahli usrah berjaulah ke cameron highland. Subhanallah, Maha hebat ciptaanNya yang tiada tandingan. Meskipun jaulah cuma memakan masa sehari tetapi dengan sulaman keindahan pemandangan dan nikmat ukhuwwah yang tiada terhingga ini jaulah kami cukup bermakna. selewat jam 11.00 malam kami bergerak dari UIA ke Baytul Fareed kemudian terus menuju ke destinasi. Dengan pemandu terbaik tahun 2008 khairussani, Serena kami meluncur dengan lancarnya ke datar rata Cameron. Sungguh selesa pemanduan bakal engineer eroangkasa ini. Jazakallah akhi atas pengorbanan memandu secara solo. berapa dos sudah kamu ambil? penggemar neslo yang tergar!!

in front of the mosque where we park till the athan of fajr
in front of the mosque where we park till the athan of fajr

Seawal jam 4.00 pagi kami sampai di hadapan masjid di kaki cameron. Kami berehat didalam serena sehingga Azan berkumandang. Sebaik sahaja kami membuka pintu.."wow sejuk gile.." kata auzan yang kononnya hebat tidak membawa sebarang baju tebal :P mujur saya ada membawa baju lebih meminjam kan baju yang paling saya sayangi hehe :) sudah lama sebenarnya saya tidak merasa suhu sebegini terakhir ketika di istanbul pertengahan tahun 2008 yang lalu. selesai menyempurnakan solat subuh kami bersegera menaiki kereta dan menuju ke puncak berincang untuk menghayati keindahan matahari terbit. Per jalanan menuju puncak berincahang mengambil masa 30 minit. Kami cukup teruja untuk kepuncak, semua ahli jaulah sudah tidak senang duduk apabila sudah ada tanda-tanda yang matahari akan menunjukkan dirinya. Sani terus memecut laju dan Alhamdulillah kami tiba tepat pada masanya. Seperti yang di diduga suhu yang berganda lebih rendah dari di tanah rata.

subhanallah the view from the peak ok mount berinchang
subhanallah the view from the peak ok mount berinchang

Jazakallah khairal jaza` kepada semua ahli jaulah..walau pun seketika namum cukup bermakna..






3 comments:

Zan Hassan said...

gambar sungai sendat bila nak bagi??lama betul nak edit letak iN???hehehe

ryhn said...

serious lawa gambar2 nih.siapa photographer???

Mujahid Hasanuddin said...

mestila mujahid~!! hehe