Malam terakhir di Aceh.
Masih belum dapat melelapkan mata. Besok seawal jam 9 pagi perlu bergerak ke lapangan terbang Sultan Iskandar Muda untuk kembali ke tanah air. Mungkin penangan kopi Aceh awal malam tadi. Tetapi ada sesuatu yang lebih besar penangannya dari secangkir kopi uleng kareng yang sangat lazat tadi, sesuatu yang begitu kuat sehingga memaksa diri ini berwhudu' dan mendirikan solat dua rakaat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
( 2 : 153)
Masjid Rahmatullah
Sejak selesai solat Maghrib dan Isya' di Masjid Rahmatullah di desa Lampuk, Lhok Nga, Aceh Besar tadi ada sati bisikan halus yang menyapa hati ini. Satu bisikan yang seolah-olah mahu menggali kembali ruang memori yang telah lama tidak tersentuh. Oh ya sebelum terlupa, Masjid ini adalah salah sebuah masjid begitu masyhur dengan kisah bagaimana ia dilindungi oleh Allah dalam peristiwa tsunami yang telah meragut ratusan ribu nyawa dan memusnahkan sebahagian besar kota Aceh. Saya pernah tiba di Masjid yang sama sekitar hujung 2005 kira-kira setahun setelah tsunami melanda bumi Serambi Mekah ini. Ia adalah dalam rangka misi bantuan kemanusiaan bersama adik-adik lepasan SPM Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor "Road2Aceh" . Pada ketika itu persekitaran masjid ini masih seperti padang jarak padang terkukur. Ketika itu setiap langkah pun akan membuat kita beristighfar dan menginsafi kekuasaan Allah, mendengar cerita dari mulut mereka yang melihat sendiri ombak menggulung setinggi lima meter dan menghempas rumah dan ahli keluarga mereka cukup menginsafkan. Bahasa mata mereka sahaja sudah cukup menggetarkan jiwa apatah lagi butir suara mereka yang menggetarkan telingan dan menusuk ke lapisan kalbu paling dalam.
Semenjak kembali dari Aceh buat kali pertama dahulu, terasa sangat dekat dengan Allah. Terasa setiap gerak dan derap langkah dalam perhatianNya. Bermotivasi dalam setiap gerak kerja kerana begitu yakin perancangan Allah itu lebih dari segala-galanya usaha kita hanyalah pelengkap asbab dan musabbab dalam sunnatullah. Dengan spirit itu banyak jalan-jalan yang telah Dia bukakan untuk mencapai segala yang tidak pernah terjangkan dengan akal cetek ini. Nekad, keazamaan serta pergantungan kepadaNya itu membawaku ke serata pelosok dunia dengan pelbagai warna-warni pengalaman. Pernah ditahan tentera Hizbullah di Lubanan, disoal siasat di lapangan sempadan darat Halab, mengembara menuntut ilmu dan hikmah secara back-pack dari Amman ke Istanbul, ditipu sehingga 20 ribu ringgit ketika seronok berniaga pada umur 20 tahun, mendirikan rumah tangga seawal usia 21 tahun. Allah Maha Mengetahui apa yang dia rancangkan untuk hambanya ini. Sunggu Aceh banyak mempengaruhi peta hidup ku meskipun hanya dua minggu berada dia sana.
Masjid Berwajah Baru
Setelah lebih 6 tahun berlalu, hari ini Masjid Rahmatullah dijejaki kembali. Perancangan Allah siapa yang tahu? Tiket kapal terbang Air Asia ini telah ditempah setahun lalu. Sebenarnya saya sudah hampir terlupa tentang rancangan ini sehingga seminggu sebelum tarikh penerbangan. Kalut meminta cuti dan urusan lain. Allah telah mengaturkan supaya sampai semula ke sini tanpa kami merangcangnya.
Masjid Raya Rahmatullah sentiasa makmur, masjid yang diselamatkan Allah ketika tsunami tahun 2004 yang memusnahkan seluruh kawasan sekitarnya | Jaulah Aceh Darussalam | abuikram.com |
Muhasabah
Kenangan manis ini sangat bermakna tetapi ia membuatkan ku terfikir...apa yang sudah terjadi pada diriku hari ini? masa hilangnya semangat itu selama ini? mana pergantunganku pada Tuhan? mana? tiada jawapan..
Ketika cuba melelapkan mata setelah selesai memuatnaik gambar-gambar ke Facebook, tiba-tiba datang banyangan Tsunami dan Gempa Bumi. Cukup mendebarkan, banyangan kematian muncul dan apa yang mampu kau lakukan? pasrah dengan kematian itu bisa dibayangkan tetapi untuk berdepan dengan Tuhan dengan secubit amalan dan bergunung dosa? tidak lansung berani untuk dilintaskan. Terbanyang segala janji-janji dengan Tuhan yang belum dikotakan, amanah pada manusia yang belum dilaksanakan. Mana mungkin layak ke syurgaNya! Sesuatu perlu dimulakan untuk menyiapkan diri pada kematian dan ia perlu bermula sekarang. Aku mahu kembali kepadanya dengan redha dan diredhai.
Whudu' dan 4 rakaat solat membawa aku ke laptop ini di saat anak dan isteri sudah lama dibuai mimpi.
Mencari semangat yang hilang.
30 Mei 2012
3.20 pagi
Hotel Medan,Aceh Darul Salam
3 comments:
I wish i could be there one fine day!
Hard Rock Hotel & Casino, Atlantic City, NJ - Mapyro
Find 대구광역 출장샵 parking 충청남도 출장마사지 costs, opening hours and 포항 출장안마 a parking map of 구미 출장안마 Hard 동해 출장마사지 Rock Hotel & Casino, Atlantic City, NJ in real-time.
聊娱乐网 , 天天聊娱乐视频社区 , 大咖私聊室 , 台湾佬娱乐中文网 , 收费裸聊网 , 视频聊天工具 , 视频秀聊天室 , 爱吧聊视频聊天室 , 28号公馆视频聊天室 , 随聊随想视频聊天室
Post a Comment