Dosa Aku yang hanya melihat..

on 10.7.06


Bismillahirahmanirrahim..

Hmm shukur ku kehadrat Ilahi..Aku masih di berikan ruang dang peluang untuk kembali membuat coretan dalam warkah maya ini...sekadar meluah isi hati yang tidak pernah tetap diatas paksi yang sepatutnya..sentiasa berada di paras selemah2 iman tiap kali melihat kemungkaran di hadapan mata...teringat kata2 pujangga..

"orang kafir melihat kemungkaran umpama
seekor lalat yang cuba hinggap di hidungnya,
begitu mudah di halau dan semudah itu lah hilang rasa
bersalahnya di hatinya...
Orang beriman pula melihat dosa itu bagaikan batu besar
yang ingain menimpanya..
Sehinggakan apabila melakukan sekecil2 dosa sekalipun
akan terasa besarnya batu yang di pikulnya..."
Tiap kali mengenangkan masa2 yang sudah..terasa bagai begitu mudah hati ini melupakan dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan..tiap kealpaan hati dan kelalaian jiwa begitu mudah di maafkan oleh diri ini..Dimanakah tingkat iman dalam diriku ini..masih hidupkah ia??atau sudah berkarat sebagaimana berkaratnya besi...
Bukan ketiadaan masa yang membuatkan aku tidak menulis..tetapi terasa bersalah hati ini tiap kali ingin berkongsi rasa..terasa begitu malu kerana sifatku ini tidak mencerminkan namaku..
2 minggu yang berlalu tanpa sebarang coretan di blog ini,merupakan detik2 yang begitu memberikan kenangan..terzahir segala sifat diri yang penuh dengan kepuraan..biarlah aku menjadi aku..
semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..hmm teringat bait2 dari lagu mirwana..
"andai aku,
bisa di berikan peluang..
pastiku mencuba mengukir kembali..
kisah kehidupan diri ini..."
Namun apa yang berlalu biarlah berlalu..kehidupan perlu diteruskan..aku tetap aku..mujahid tetap mujahid..
walLahu `alam

0 comments: