: : a n t i v i r u s = u s r a h : :

on 6.9.06


huhu saje je nak kenalkan kat korang sume ( ceh cam ramai je yg bace blog nih ) pada "seorang" or to be more spesific "sesuatu" yg penting gak in my life..tada nila dia..colour hitam pastu ade biru2 sket..hehe amat mudah di hinggapi virus terutama apabila berkongsi "jarum suntik" tanpa discan terlebih dahulu..huhu namun Dr yg merangkap *****nya sentiasa bijak mengatasi masalah ini..(padahal dah 2,3 kali gak terpaksa reinstall windows) tensen gak kadang2..so gunakan la anti virus yg selalu di up-date..

kali ni kita akan berkongsi tentang : : a n t i v i r u s = u s r a h : : ape significantnya??
semakin hari semakin banyak serangan virus yang menular dan menghinggapi dan mengganggu system komputer kita...pasti ada di kalangan kita yang terkesan dengan virus ini secara langsung atau tidak langsung dan tidak dinafikan jua ada dikalangan kita yang langsung tidak terjejas dengan virus ini..apa sebenarnya yang membuatkan hal ini berlaku??ya secara umumnya jawap kepada permasalah ini ialah penggunaan perisian anti virus..
walaupun dikalang kita yang menggunakan komputer sudah memasang perisian terbabit namun berapa ramaikah dikalangan kita yang sentiasa memastikan perisian tadi sentiasa up to date?? sentiasa komited berkunjung ke cyber cafe atau "balik rumah" dan meng"up date"nya?
atau lebih hebat lagi membawa patch up-dater ke komputer kawan2 yg kita rasakan hampir dan patut kita tolong..

simpulkan begini..kehidupan kita sebagai komputer ,virus sebagai penyakit hati, anti virus sebagai usrah , meng up date anti virus sebagai menghadiri usrah , membawa patch updater kepada org yang kita mampu gapai sebagai membawa usrah..

i/a sekalian ayuh kita implimentasikan analogi ini kedalam kehidupan kita..jadi lah dikalang mereka yang menyangi hidup cara islam yang indah ini dengan sentiasa mengupdate anti virus yang ada dan sentiasa memberikan patch yg anda miliki kepada orang disekeliling anda yang mampu anda gapai..Ayuh bersama gelombang ini satu ikhwah satu usrah!!!