korban

on 26.1.07

Sejarah

Anda ingin tahu sedikit tentang sejarah hidup saya? sejak saya berumur 2 tahun,saya telah dibawa oleh abah dan ummie saya tinggal di Amman,Jordan atau lebih tepat lagi di bandar Suwaileh..Pada ketika itu umur abah saya kira-kira 22/23 tahun dan ummie saya 23/24 tahun.
Saya tinggal disana kira-kira 5 tahun.Mungkin kerana masih terlalu kecil,tidak banyak yang saya dapat ingat tentang pengalaman di sana.Namum setiap kali saya menatap album gambar pasti imbauan kenangan akan terpacul kembali bagaikan slide presentasi.

Namun ketika sedang menyelak gambar-gambar di album lama itu..mata saya tertarik akan sekeping gambar yang cukup menarik perhatian saya..Gambar yang dirakamkan ketika saya sedang
memeluk seekor kambing.Oleh kerana saya tidak dapat meningbau kembali peristiwa itu lantas sahaja saya keluarkan gambar itu dan membawanya kepada ummie untuk bertanyakan sejarah yang sudah terhakis dari minda saya itu.Kalau berksempatan saya akan masukkan gambar ini..tapi bukan untuk masa terdekat ini =)

Ummie bercerita

Sambil tersenyum ummie bercerita..katanya dulu saya amat menyayangi binatang,semua jenis binatang akan saya layan dengan sebaik mungkin,Saya akan marah jika ada yang cuba menggangu atau mengasari binatang,Saya akan menangis jika melihat binatang yang mati..Sehingga disatu tahap..Ummie terpaksa mengunci pintu setiap kali menyiang ikan kerana saya tidak sampai hati untuk melihat ikan itu dipotong dan akan menangis.Lebih parah lagi apabila ketika ibadah korban sama ada di tv atau secara langsung.Saya akan menjerit dan marah ketika kaming itu di jatuh kan apatah lagi apabila mula disembelih.Menurut ummie saya akan menangis dan meronta..
(huhu ketika menulis entry ini beberapa peristiwa lain yang berkaitan juga mula terbyang2 di minda ini) Kata ummie saya terlalu sentimental ketika itu.hehe namum ketika menikmati dagingnya tiada masalah pula jika tidak diberitahu akan usal makanan itu.Bukan sahaja terhadap haiwan malah terhadap adik-adik..saya masih ingat ketika diganggu oleh adik saya, saya tidak sampai hati untuk melawan sehingga digigit sehingga berlebam bahu kiri saya..

Saya belajar

Namun masa merubah segalanya.Saya diajar untuk memahami hakikat kehidupan..Haiwan yang halal adalah sebagai makanan kepada manusia.Menyembelih mereka adalah untuk menunjukkan ketundukan kita kepada Allah s.w.t dan memastikan mereka selamat diMakan bahkan satu ibadah yang memberikan kemulian kepada haiwan tadi..Saya tidak lagi sedih melihat haiwan yang di sembelih.Saya juga tidak menangis apabila mlihat ummie menyiang ikan malahan membantu ummie menyiang ikan.

Aidhil Adha 1427

Tahun ini ketika pulang bercuti untuk untuk mengingati dan menghayati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah ishaq Abah bertanya akan ksediaan Saya untuk menjadi wakil pelaksana ibadah ini..Saya begitu gembira ketika mendengar tawaran itu seraya menzahirkan kesediaan saya untuk menerima cabaran ini..hehe bagaikan bulan jatuh ke riba..
Pada hari pertama dan kedua Aidil Adha saya hanya melihat dan bertanyakan Abah akan tips-tips yang terbaik dalam penyembelihan..dan pada hari ketiga saya diberikan peluang untuk melaksanakan ibdah tersebut..sebagai permulaan Saya diberi peluang untuk menyembelih sekor kambing..sekali pandang kembing biri-biriyang comeyl itu timbul rasa simpati di hati ini..namun mengenangkan bagaimana Nabi Allah Ibrahim sanggup menyeblih anaknya demi kepatuhan kepada Allah..Saya tekad untuk melakukannya..untuk menyembelih seekor kambing hanya kekuatan seorang lelaki sudah memadai..tetapi bagi amatur seperti saya..dua orang di perlukan..sementara Abah memegang badan dan kepala kambing tadi,Saya memulakan tugas sengan menyelak bulu biri-biri yang tebal..Dengan lafaz bismillah Saya memletakkan parang yang amat tajam itu di atas kulitnya dan teus sahaja menyembelih..

Terkesima seketika

Bila sahaja kambing itu terluka dan darah mula memancut,saya hampir terhenti kerana terperanjat..Tapi shukurlah kerana rasa kepuasan melaksanakan ibadah ini mengatasi ke-ter-kesima-an itu..terdetik satu persoalaan,bagaimakan rasa keshukuran di hati Nabi Allah Ibrahim ketika Allah mengantikan anaknya dengan seekor kibash untuk disembelih??

Lapah

Saya dan Abah terus sahaja meneruskan kerja melapah dan memotong daging untuk dibahagi-bahagikan kepada yang berhak..Pengalaman menarik bagi kami berdua kerana pertami kali menguruskan seekor kambing bersama dan hanya berdua..dari mengikat,membaringkan,menyembelih, melapah dan membungkus..Ummie hanya melihat dan mengambil gambar dari sisi..Agak malang kerana kami tidak membawa kamera bersama..hanya menggunakan kamera handphone..

`Ibrah

Saya amat bershukur kerana Allah menakdirkan saya dilahirkan sebagai anak Ummie dan Abah..
mereka mendidik saya sehingga apa yang anda lihat Saya pada hari ini..jika saya tidak nakal dan sentiasa mengikut segala tunjuk ajar mereka tentu saya lebih berjaya..saya mendoakan mereka setiap hari, ya setiap hari terutamanya selepas sembahyang dan ketika terbangun untuk solat malam..

"Ya ALLAH ampunilah Dosa Ku dan Dosa kedua UMMIE dan ABAH Ku dan Rahmatilah Mereka Sebagaimana MEREKA Menjaga Ku ketimana Aku Masih kecil.."

2 comments:

Anonymous said...

ahah..smpat tergelak guling2 jap kat sesi sentimental tu. cuba percaya dan imagine, gagal sama sekali. y ana tau, mujahid seorang y kuat! ;-) ehm

smg mjadi mujahid y sesebenar mujahid!

Anonymous said...

kasih ibu dan ayah memang tidak bersyarat, tidak bersebab dan tidak beralasan.
cuma, adakah anak anak yang ditatang bagai minyak yang penuh akan mampu menjaga ibu dan ayah di usia tua mereka?