[ 4 ]

on 19.4.07

yeah!!!!kami hari ini kami akan syiria..seawal 6.30 pagi kami memulakan langkah untuk menyediakan sarapan dan sedikit bekalan untuk ke sana..kami berjalan di sekitar-sekitar jame`[masjid] jameah yarmouk buat kali terakhir sebelum ke syiria..


4.1
[ke sempadan jordan]
kami cukup bersemangat hari ini..semua barang siap di kemas di bawa turun ke bawah..credit to Dr Aiman Majdi untuk urusan van ke ramsah untuk mengambil teksi ke syiria..semua barang disumbat kedalam van tersebut..alhamdulillah semuanya muat dan tiada masalah..




perjalanan kami ke ramsah mengambil masa kira-kira 30 minit..pemandangan yang menarik..sebernarnya agak sedih untuk meniggalkan bumi jordan ini kerana terlalu sebentar kami di sini..namun perjalan terpaksa kami teruskan untuk memenuhi matlamat asal kami ke bumi syam ini..yah untuk meningkatkan kemahiran bahasa dan Al-quraan..pemandangn di sepanjang perjalanan kami cukup indah..pemandangan semualajadi dengan bunga-bunga yang sedang mekar..sungguh indah =) hehe cantik atau romantik??





setibanya kami di destinasi pertama untuk menukar ke teksi,kami menukar sedikit wang dinar jordan ke lerah syiria untuk urusan disempadan i.e passport,visa dll kami terpaksa berpecah kepada dua teksi..dan kami terus meneruskan perjalanan ke check point pertama kami ke pusat pemeriksaan sempadan jordan..kami tiada masalah disana semuanya berjalan lancar dan teratur..alhamdulillah


[ke sempadan syiria]


sepanjang perjalanan kami ke check point seterusnya..iaitu ke pos pemeriksaan syiria..sepanjang perjalanan ke syiria kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atas dasar keselamatan..saya turutkan sahaja kehendak mereka.. suasana agak tegang..semua org bermuka serius..mungkin kerana risau akan sesuatu..saya hanya bertawakkal kepada Allah moga-moga semuanya selamat..



[di sempadan syiria]


dan disnilah masalah bermula..setibanya pos kawalan sempadan syiria kami mengisi borang permohanan visa dan menyerahkan passport kami kepada pegawai yang bertugas.. untuk mengelakkan sebarang soal jawab..kami menulis kami sabagai pelancong dan profesyen sebagai usahawan..setelah menyerahkan semua dokumen yang diminta..pegawai tadi meminta alamat spesifik kami di syiria..kami tidak dapat memenuhi kehandak beliau kerana kami masih belum mempunyai sebarang kediaman yang pasti..kami cuba menerangkan yang kami masih belum dapat sebarang kediaman..pegawai tu tetap dengan kata-katanya..kami cuba menghubungi semua kenalan di syiria tetapi semuanya tidak dapat di hunbungi..akhirnya kami dapat menghubngi ustaz `isom untuk meminta alamat beliau..kira-kira hampir 45 minit kami disitu barulah pasport kami di pulangkan dan kami meneruskan perjalanan memasuki syiria..saya cukup bimbang sebenarnya..kerana pasport saya agak lewat di pulangkan..setelah lima pasport yang lain di pulangkan..barulah saya dipanggil..bimbang-bimbang pegawai tadi ingin mempersoalakan tentang keberadaan saya di lubnan di masa perperangan israel-lubnan sedang diambang permulaan..namun tiada masalah sebenarnya dan pegawai tadi memulangkan pasport saya dan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan bersama teman-teman yang lain..setelah melepasi sempadan syiria..kami sekali lagi menukar kenderaan..kali ini kami menaiki bas "express" [dibaca buruk] hehe ke Dimasyq..perjalanan di sepanjang bumi syam ini cukup menarik dan indah selain alam semuala jadinya juga perkampungan badawi dan gembala-gembala kambing serta petani..














semua ini membuatkan saya erfikir maha suci Allah yang menjadikan manusia dengan pelbagai kepakaran dan bidang..yang berpendidikan membangaun kan negara..yang sedikit kurang berpendidikan melaksanan kerja-kerja yang dirancang oleh golongan pertama tadi seperti membersih kawasan dan juga membina bangunan..yang lain pula seperti petani dan pengembala..menjanan bekalan makanan kepada semua masyarakat..


"..wahai Tuhan kami tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia..maha suci engkau dan jauhkanlah kami dari siksa api neraka..'
[ ali-imran ]


[Dimaysq !!]





alhamdulillah setelah segala mehnah dan tribulasi yang dihadapi dapat juga kami sampai ke bumi barakah ini..bilad al-syams..syiria @ dimasyq..di sini kami menumpang seketika di rumah persatuan pelajar malaysia syiria..sementara menanti rumah untuk kami sewa..malam tadi kami berjalan seketika di suuq hamidi..sungguh meriah..





setelah menunaikan solat isyak..shahir dan fitri melihat cadangan rumah sewa dan saya,aiman aizuddin,aiman salmi dan lotfi pulang ke penginapan sementara kami..

sekadar disini sahaja..sehingga bertemu di warkah seterusnya..



[maaf kami sudah di syiria ketika post ini di tulis..wireless connection sudah tiada lagi kedapatan di sini..so kena ke cyber-cafe untuk update blog ni..kemungkinan besar daily post tidak dapat lakukan setiap hari]

0 comments: