tentang menzil

on 23.5.07

Tentang Menzil

"Ratusan tahun dahulu Tariqat ****** telah mula berkembang..tariqat merupakan satu cara untuk merapatkan diri kepada Allah..Hari ini tariqat ini telah berkembang ke seluruh dunia..untuk menjadi sebahagian dari ahli tariqat ini atau menjadi sebahagian dari golongan Sufi ini mereka perlu berbai`ah dengan sheikh tertinggi tariqat atau wakil mereka diserata dunia..walau bagaimanapun wakil-wakil tadi mestilah seorang yang bertauliah dan mempunyai ikatan atau rabitah dengan Murshid. Menzil merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di kawasan pedalaman..pemandangan disekitarnya cukup damai dan mengasyikkan..kampung ini dilengkapi dengan hampir semua kemudahan asas kecuali cyberCafe..stesen bas,restoran,masjid,madrasah,asrama sufi yang menjadi temapat sufi-sufi beruzlah dan berzikir dan mencari fana`..hubungan antara sufi-sufi disini cukup akrab kebanyakan mereka bermazhab Hanafi kecuali sebahagian sahaja bermazhab lain seperti syafii..walaubagaimanapun murshid mereka bermazhab shafii dan tidak menjadi halangan buat mereka untuk bersatu,dari segi ekonomi juga begitu mantap..mereka mempunyai syarikat yang menajana ekonomi mereka iaitu "samarkand" meliputi surat kabar,radio,travel agency dan juga makanan..selain itu dikalangan sufi juga mereka yang berada dan berpengaruh..dan diperkampungan inilah mereka berkumpul untuk menemui murshid mereka dan memperbaharui bai`ah terhadap sheikh mereka..






* * *

"macam ayam dengan itik =) "

kami cuba memahami dan menghayati kehidupan mereka di sana..tiba-tiba datang seorang yang berpakaian kemas dan menyatakan sesuatu didalam bahasa turki..dan semua orang bergegas menghabiskan makanan mereka..kami memandang sarkan dengan penuh tanda tanya..sambil tersenyum beliau menjawab "ayuh segara selesaikan makanan anda semua..waktu asar telah hampir masuk.." kami agak terkejut dan tidak menyangka situasi yang ideal ini berlaku..kami amat bersyukur kerana sarkan membayar semua makanan kami..kami dapati semua kedai mula ditutup dan semua orang bergegas ke masjid dan azan mula berkemundang..sungguh indah bi`ah disini..kami semakin tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sheikh tersebut,tentang bai`ah,dan tentang amalan tariqat naqshahbandiah..kami bersama Sarkan berjalan menuju ke masjid..jauh di sudut hati ini saya amat bersyukur kerana diberi peluang sebegini.. setelah memasuki perkarangan masjid kami berpecah untuk bersedia untuk menunaikun solat asar..saya ke perkarangan untuk ketandas dan berwhudu`..


sebaik sahaja selesai berwudhu` saya mula melangkah ke dalam masjid tersebut..jemaah sudah muka memenuhi ruang dewan sembahyang..entah mengapa sebaik sahaja melangkah masuk kedalam masjid tersebut saya mula berdebar..perasaan beebunga seketika tadi tiba-tiba sahaja bertukar menjadi satu perasaan yang tak terungkap..melihatkan ruang dalam yang dipenuhi dengan lukisan-lukisan masjid Al-haram dan Masjid Nabawi dan corak yang berwarna suram..pencahayaan yang agak malap menambahkan lagi debar di hati ini..tiba-tiba ketika baru ingin saya mengangkat takbiratul ihram solat tahiyautul masjid..semua orang berdiri dan merapatkan diri kehadapan..terdengar juga terikan-teriakan yang tidak dapat saya tangkap bunyinya..ade yang seperti "babaaaa..."ada juga yang sekadar "arghh.." agak mendayu dan menyeramkan..




dalam kekecohan tadi saya terlihat Sarkan tidak jauh dari saya..saya menghampiri beliau dan bertanya tentang yang berlaku sebentar tadi..beliau menenangkan saya sambil bertasbih lalu berkata "itulah sheikh yang mulia..murshid agung..keturunan Rasulullah dari darah al-hussain..penghulu tariqat naqshahbandiah..Jangan risau Seikh sudah bersetuju untuk bertemu anda selapas asar dan memberikan bai`ah secara khusus kepada rombogan anda..bergembiralah.."
saya dalam keadaan keliru sekadar menganguk dan kembali ke saff untuk solat asar berjemaah..kekhusyukkan saya sedikit lari kerna tidak dapat lari dari memikirkan peristiwa sebentar tadi..

"Ya Allah lindungilah hambaMu yang lemah ini.."

setelah selesai sembahyang asar Sarkan meminta kami keluar dari masjid sebentar kerana akan diadakan majlis zikir untukmereka yang suda mengambil bai`ah dari sheikh..kami akur dan berkumpul di perkarangan luar masjid..kami semua terdiam..saya dapat membayangkan ketika itu akan apa yang sedang sahabat-sahabat saya fikirkan..ketika kami semua sedang melyan perasan tiba-tiba kami terdenar teriakan seperti tadi..kali ini lebih kerap ramai semakin banyak sumbernya..setelah 15 minit pintu dibuka..sufi-sufi tadi keluar dari masjid dan kembali menyambung rutin harian mereka,yang menjaga kedai kembali ke kedai,yang memasak kembali memasak..semua yang terjadi sebentar tadi menimbulkan tanda tanya..kami agak keliru..seketika kemudian sarkan menyapa kami..kami dibawa berjumpa sheikh..sheikh menyabut kami dengan senyuman dan gula-gula..sarkan Selaku "mas`ul" kami disana yang juga merangkap penterjemah kami menjadi medium komunikasi antara kami dan sheikh..tiba-tiba Sarkan meminta kami menghulurkan tangan kepada sheikh dan meminta kami mengulang apa yang akan beliau bacakan.."bergembiarlah..kita akan berbai`ah dan kita akan menjadi saudara sufi.."kata sarkan sambil tersenyum..
bagaikan dipukau kami menurut segala kehandak beliau..sheikh hanya boleh berkomunikasi didalam bahasa Turki sehinggakan bai`ah juga didalam bahasa Turki..
disinilah bermulanya perubahan besar terhadap tanggapan tentang mereka..kami tiada sebarang masalah pada bahagian awal bai`ah tersebut kerana semuanya tidak melanggar sebarang prinsip asas Islam malahan cukup bertepatan..tetapi pada bhagian terakhir bai`ah tersebut kami yang begitu cetek ilmu ini berasa tidak kena..kerana pada bahagian tersebut meminta kami mengambil beliau sebagai murshid merangkumi dan mengakui beliau sebagai pembela kami disaat sakaratul maut..menjadi pelindung kami daripada gangguan syaitan dikala nyawa kami diperhujungan ajal.."hasbunallah wanikmal wakiil.." semoga Allah melindung keluhuran Aqidah kami..
kami hanya membuat bunyi ketika bai`ah tersebut..tidak melafazkan dengan sepenuh kami..sheikh tersebut dengan bantuan terjemahan oleh Sarkan meminta kami menjadi tetamu istimewa beliau dan tinggal di pengiapan istimewa beliau selama 2 hari..mengenangkan jasa beliau terhadap keluarga Shahir dan juga untuk memenuhi harapan dan permintaan seorang saudara muslim ( semoga Allah mengampuni beliau ) kami bersetuju..disamping untuk lebih memahami dan melihat lebih dekat akan tariqat ini..bukankah begini lebih adil dalam kami menilai mereka..
dengan berbesar hati sheikh meminta Sarkan membawa kami tempat penginapan untuk kami meletakkan barangan kami dan berehat sebelum meninjau sekitar kawasan menzil ini..sesampai sahaja kami di tempat penginapan tersebut yang hanya 56.875 meter dari masjid tersebut =) kami disambut oleh seorang pemuda berjambang lebat..pemuda tersebut mengnalkan dirinya sebagai Abbas,kadam kepada sheikh dan diberikan Amanah untuk menguruskan kediaman tetamu khas sheikh..

"abbas.."

kami dibawa keruang pelbagai guna..disitulah ruang rehat,minum teh dan tidur..kami disambut dengan senyuman dan teh..masyarakat turki tidak kurangnya seperti negara arab yang lain..peminum tegar teh..



pada malam tersebut kami menurutkan sahaja 8 syarat-syarat bai`ah yang perlu dipenuhi..kami penuhi sahaja kehandak mereka..tetapi kami juga terpaksa berpura-pura dalam beberapa syarat kerana tidak mengetahui akan keselarian dengan prinsip syara` setakat yang kami pelajari selama 20 tahun kami [ dibaca : saya (sebab yang lain dah lebih)] hidup..8 syarat tersebut akan saya ceritakan di ruangan yang lain iAllah..
keesokkan harinya selepas solat subuh kami bersiar-siar dan menziarahi kubur kakak shahir..Ameena bt Ibrahim



selepas itu kami berkumpul di ladang gandum..kali ini Sarkan tidak bersama kami,kami duduk bersama untuk menbincangkan kedudukan dan mauqif(pendirian) kami dalam situasi sekarang..setelah berbincang dan mengambil dari sudut fiqh awlawiyat (fiqh keutamaan) kami mengambil kata putus untuk menurutkan sahaja kehendak mereka dan tidak mempersoalkan amalan mereka sebaliknya untuk lebih menghampiri mereka..mudah-mudahan bila tiba masa dan ketika yang sesuai kami akan berbincang dengan mereka tentang isu ini..mungkin bukan kali ini ketika kami menjadi tetamu tetapi dimasa akan datang..kami sudah mula mengumpulkan email mereka yang boleh berbahasa inggeris mana tahu mungkin secara e-mail kami boleh berbicara lebih lanjut..





bersambung..

4 comments:

NJ said...

NOT a typical adventure...
huhu ^__^ jelesnye,,,

NuRizZ said...

menyelam hakikat tasawuf ni xmudah.kene byk hati2. tapi, memang menarik untuk kita dalami setiap tariqat2 ni,jgn terus imani sebaliknya jadikan perbezaan begini sebgai punca kesatuan.

Kh.Janggut said...

Asalamualaikum. teruskan usaha anda yang suci ini...tiada sesatnya tarikat yang saudara ikuti ini..cuma ruang litup persekitaran budaya sahaja yang berbeza, itu yang membuatkan saudara sedikit janggal..Mereka cukup kuat memegang syariat..Teruskan..teruskan..selami sedalam-dalamnya akhirnya saudara akan menemui titik pertemuan.."Lahaulawala kuataillabila hillaliulazim..Syaitam akan membisikkan rasa was-was,syaitan juga akan menggunakan rakan-rakan saudara untuk menimbulkan rasa was-was ini.pegang tauhid nabi ibrahim atau bilal,tauhid sebenar benar bertauhid.Hayati peristiwa yang terjadi antara Musa dan Khaidir,ianya boleh dijadikan iktibar..semuga saudara beroleh kebahagiaan..Sampaikan salam saya kepada Syekh Murshid disana..

Anonymous said...

injessecliedy
[url=http://healthplusrx.com/sore-throat]sore throat[/url]
Cesassobbysip