Dimashq - adyaman - istanbul

on 19.5.07

pertama-tamanya segala puji bagu Allah yang menyelamatkan kembara dari sebarang musibah dan memenuhkannya dengan seribu satu pengajaran..mudah-mudahan saya termasuk dikalang yang dapat melihat rahsia2Nya dan memahami hikmah kembara ini..juga saya mengharap dengan sangat agar dengan catatan ringkas ini dapat saya kongsikan sedikit dari jutaan pengalaman yang tertimba langsung dapat saya lepaskan diri dari taklifan menyampaikan nikmat Allah..


"fa bini`mati rabbika fahaddis"



secara berperingkat akan saya kongsikan pengalaman berharga ni =)




dimashq(syiria) - adyaman(turki)

matlamat asal kembara kami ke Adyaman ialah untuk menziarahi kubur kakak ketua rombongan kami Shahir yang dikuburkan di Adyaman atau lebih spesifik di menzil..sebuah perkampungan tariqat naqshahbandiah atau lebih tepat lagi pusat yang menempatkan murshid mereka iatu sheikh sayyid ++++++..rasanya saya bukanlah orang yang plaing tepat untuk menceritakan tentang bagaimana sehingga terkuburnya kekanda Shahir di menzil.Mungkin jika mendapat persetujuan beliau atau bagaimana cara yang lain akan saya kongsikan kemudian..cukuplah sekadar pembaca sekalian tahu yang matlamat kami ke menzil atau adyaman ini untuk meziarahi kubur tersebut.

setelah melakukan sedikit "study" tentang perjalanan ini..kami memulakan kembara ini pada khamis malam jumaat setelah pulang dari tasmi` Al-Quraan dari Sheikh Abu Yasin dan memohon beliau mendoakan perjalanan kami..ahli misi kali ini seramai 5 orang.. seperti biasa Shahir selaku ketua rombongan,Aizuddin sebagai pengurus kewangan, Wah a.k.a Ali sebagai jururunding,Aiman Salmi perancang strategi dan saya sebagai photographer merangkap pembaca kamus English-Turki..kami ke stesen bas di dimashq pada jam 9 dan bas kami bergerak kira-kira jam 12 t/malam..kami bertawakkal kepada Allah moga segalanya berjalan lancar..

perkara yang paling kami risaukan ialah dibahagian kewangan kerana mata wang turki hampir sama nilainya dengan matawang USD+- 1 USD = 1.3 YTL masalah kedua yang tidak kami jangkakan pada awalnya ialah masalah komunikasi..kami dapati masyarakat turkey pada umumnya tiada bahasa kedua..mereka hanya mampu berkomunikasi dengan bahasa mereka sendiri iaitu turki dan bahasa isyarat..sekali pandang ketika kami berkomunikasi bersama mereka seperti ayam becakap dengan itik..hehe kembali kepada kisah kami tadi ya..

"jimat cemat sket.."

hmm perjalanan dari dimashq ke sempadan turki mengambil masa kira-kira 5 jam kami di dalam bas..kami menggunakan waktu dengan sebaik mungking sehingga tiada lagi yang dapat kami lakukan selain tidur..kami tiba di sempadan kira-kira jam 4 pagi dan turun di checkpoint yang sentiasa membuat saya berdebar..tapi syukur semuanya berjalan dengan baik..kami dilayan dengan baik oleh pegawai-pegawai disana..mungkin kerana pasport merah kami itu membuatkan kami dilayan dengan baik..kami berwudhu` selapas selesai semua urusan..buat pengetahuan semua waktu subuh di sini masuk seawal jam 4 pagi..kami hanya sempat solat didalam bas.sementara kami sedang sembahyang bas sudah mula bergerak melepasi sempadan turki.setelah selesai solat subuh hari sudah mulai terang..sambil menyempurnakan bacaan ma`thurat saya munikmati keindahan pemandangan semula jadi sepanjang perjalanan kami ke bandar Adyaman..Mahasuci Allah yang mendikan bumi yang indah ini tanpa sia-sia semoga kami dijauhkan dari Api neraka dan dijadikan kami dari golongan yang bershukur..sebaik sahaja melepasi sempadan suasana mula tampak berbeza..walaupun hanya bersebelahan dengan syiria tapi bentuk muka bumi dan tumbuhan cukup berbeza..dengan sentuhan Kamal Atartuk masyrakat dini sudah tidak mengenal bahasa arab peratusan yang kecil sahaja mampu membaca Al-Quran dan pertanian mereka juga sedikit berbeza..cuba anda bayangkan betapa sebelum ini di zaman turki othmaniah seluruh warga turki mampu berbahasa arab boleh menjadi yang sebaliknya dalam masa beberapa puluh tahun sahaja..betapa benar janji-janji tuhan itu.."walan tardha `ankal yahud walannasara hatta tattabi`a millatahum..."kami amat bershukur dengan pendidikan yang kami terima mampu berbahasa inggeris dan arab dengan baik kami dapat jua berkomunikasi dengan beberapa warga turki yg berbahsa inggeris yang "so-so" dan berbahasa arab "shuai-shuai" =)



warga turki cukup peramah..terutama setelah mengetahui kami dari Malaysia dan bergama Islam..ramai yang cuba membantu dan tidak kurang yang cuba menipu ;) seawal kami tiba kami sudah ditipu oleh pengurup wang yang "bertauliah" menjual nama ukhuwaah islamiyah dan sumpah atas nama Allah..semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau..tapi mengalaman yang lalu mengajar kami agar tidak mudah terpedaya..kami menukar sebahagian sahaja wang kami..dengan anggaran kami boleh tiba di menzil..Kami benar-benar bertawakkal kerana kami tidak mempunyai sebarang kenalan di sini..kami benar-benar berjimat cermat di sini..kami hanya menbeli air didalam botol dan biskut sahaja..berbekalkan peta kami mengambil minibus dan betukar dab dari satu tempat ketempat yang lain..atau bas lompat-lompat =) sungguh kami agak tertekan kerana matawang meraka yang tinggi..untuk masuk ke tandas 50 kurush turki bersamaan RM 1.35 lebih kurang darab 2.64 untuk..tetapi keramahan masyarakat dan keindahan pemandangan membuatkan kami lupa segala tekanan tadi..sudah lumrah mengambara..bukit bukau yang menghijau dan di penuhi bunga-bunga ,sungai-sungai yang mengalir jernih,kawanan kambing yang ditemani gembalanya,masyarakat bertani dan kota-kota lama menjadi santapan mata dan jiwa kami..Ini membuatkan kami tertanya-tanya mengapakah masih ramai yang tidak beriman???




kami bejalan dan melompat dari satu bas ke bas yang lain selama hampir separuh hari kira2 jam 4 petang kami tiba di menzil..sepanjang perjalan tadi sahaja sudah ramai yang kami sapa dan berkenalan..sudah banyak perkataan baru yang kami belajar..terutama tentang ayat tanya dan pemberitahuan..dalam masa 7 jam sahaja kami sudah mula mampu bertanya harga,jalan,nama dan mengucapkan terima kasih dalam bahasa mereka =) "rugilah barangsiapa yang tidak mengetahui bahasa sesuatu qaum itu.." saya tidak pasti sama ada ini hadis atau qaul sahabi atau kata pujuangga..tetapi saya cukup bersetuju dengannya..teringat saya kepada satu ayat dari Al-quran..



"wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari jantina yang berbeza iaitu lelaki dan perempuan..dan kami jadikan kamu dari pelbagai kaum dan bangsa agar kamu berkenalan sesama kamu.sesungguhnya semnulia-mulia kamu disisi Allah ialah yang paling bertaqwa diantara kamu.."
[hujrat 13]





Ya Allah Jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang bertaqwa dan memberikan kami jalan keluar dari segala masalah seperti yang kau janjikan..



"barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah akan diberikan jalan keluar kepadanya dan diberikan rezeki dari cara yang tidak dia sangkakan..dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya sesungguhnya Allahlah yang menyempurnakan segala urusan..telah Allah ciptakan pada segala sesuatu itu ketentuannya"


[tak ingat plak surah ape heh]



setibanya di menzil kami dapati hampir semua orang memakai kupiah dan yang perempuanynya memakai hijab..tidak lekang dari wajah mereka senyuman dan sapaan salam..tempat pertama yang terlintas di fikiran kami ialah kedai makan..kami cukup lapar setelah sekian lamanya memakan biskut..kami dibawa oleh teman muda yang kami kenali didalam minibus tadi ke sebuah kedai makan..setibanya kami di restoran itu kami cuba mencari sesiapa yang boleh berbahasa inggeris atau arab pada mulanya tiada siapa yang mampu berkomunikasi dengan kami..kehadiran kami menarik perhatian ramai mungkkin kerana kami kelihatan asing..tiba-tiba kami terdengar satu suara "takallam `arabi??min aina antum??" tukang masak kebap menyapa kami dari belakan dengan senyuman yang melebar..Hanya tuhan yang tahu betapa bersyukurnya saya ketika itu..setelah sekian lamanya berbicara seperti ayam dan itik dapat jua berinteraksi secara normal dengan masyarakat turki..ketika kami mempernalkan diri kami disapa oleh seorang lagi tetapi dalam bahasa inggeris..seorang yang kemuadiannya merubah 90% perancangn kami..sarkan nama beliau..kami dijemput duduk oleh sarkan sementara itu beliau membuat tempahan untuk kami..kami menceritakan perjalanan kami dan tujuan kami kesitu..setelah mendengar cerita kami dan niat kami untuk menziarahi kubur kekanda shahir beliau berjanji untuk menemukan kami dengan shiekh said abdul baqi` alhusaini..kami amat bersyukur dengan pertemuan kami..sambil menikmati juadah tersebut dan menantikan waktu asar..Sarkan menceritakan tentang Menzil dan Sheikh Abdul Baqi`


"bersama Sarkan"

Tentang Menzil

Ratusan tahun dahulu Tariqat ******* telah mula berkembang..tariqat merupakan satu cara untuk merapatkan diri kepada Allah..Hari ini tariqat ini telah berkembang ke seluruh dunia..untuk menjadi sebahagian dari ahli tariqat ini atau menjadi sebahagian dari golongan Sufi ini mereka perlu berbai`ah dengan sheikh tertinggi tariqat atau wakil mereka diserata dunia..walau bagaimanapun wakil-wakil tadi mestilah seorang yang bertauliah dan mempunyai ikatan atau rabitah dengan Murshid. Menzil merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di kawasan pedalaman..pemandangan disekitarnya cukup damai dan mengasyikkan..kampung ini dilengkapi dengan hampir semua kemudahan asas kecuali cyberCafe..stesen bas,restoran,masjid,madrasah,asrama sufi yang menjadi temapat sufi-sufi beruzlah dan berzikir dan mencari fana`..hubungan antara sufi-sufi disini cukup akrab kebanyakan mereka bermazhab Hanafi kecuali sebahagian sahaja bermazhab lain seperti syafii..walaubagaimanapun murshid mereka bermazhab shafii dan tidak menjadi halangan buat mereka untuk bersatu,dari segi ekonomi juga begitu mantap..mereka mempunyai syarikat yang menajana ekonomi mereka iaitu "samarkand" meliputi surat kabar,radio,travel agency dan juga makanan..selain itu dikalangan sufi juga mereka yang berada dan berpengaruh..dan diperkampungan inilah mereka berkumpul untuk menemui murshid mereka dan memperbaharui bai`ah mereka....

bersambung...


1 comments:

NJ said...

err.... o_O
cane nak baca ini???
huhuhu...
keep updating! ;)
ana baca laa...
hehehh...