international confrence jakarta 08 -isi-

on 19.5.08

Segala puji bagi Allah yang telah mengaturkan setiap detik dalam hidup manusia.Alhamdulillah pada tanggal 13-17 mei 08 Saya telah diberi kesempatan untuk menghadiri international

confrence on the freedom and right of return palestine and 60 years of ethnic cleansing




apa yang menarik pada confrence ini ialah penyertaan pembantang2 dari pelbagai latar belakang di peringkat anatarabangasa dan tempatan indonesia seperti dari ikhwan muslimin mesir ,syiah,christian anti zionism,rabbei yahudi naturei karta , innovativemind, Islamic human right commission, juga ikhwah dari south afrika; Ihsan hendriks pengerusi Islamic Judicial Council , turut hadir tokoh tempatan Dr Amin Rais, KH Hasyim Muzadi (nahdatul ulama` indonesia) dan lain..

13mei- kira-kira jam 7malam waktu indonesia saya tiba di lapangan terbang jakarta dan disambut oleh akh Teguh dari COMES.Dari sana saya di saya dengan di iringi oleh sebuah kereta peronda polis dihantar ke Hotel Caesar. Malam pertama tiada sebarang aktiviti hanya makan dan berehat di bilik.


14mei- confrence ini dibahagikan kepada 2 bahagian..hari pertama (14mei) lebih menumpukan aspek2 isu semasa,sejarah,penderitaan dll.Hari kedua pula menumpukan solusi yang perlu dilakukan dalam pembebasan al-quds.Jadi beberapa isu yang ditekankan oleh kebanyakan pembentang ialah tentang asas permasalahan di palestin,sama ada isu Agama atau politik zionism??


agama atau politik?


hampir semua pembantang bersetuju bahawa isu yang berlaku sekarang adalah berasaskan politik zionisma atas beberapa dasar.Pertama tentang keahlian zionism yang bukan atas dasar agama.terdapat zionism yahudi,kristien dan zionis muslim.Kedua yang ditindas di Al-Quds tidak terhad atas orang Islam sahaja tetapi semua agama ditindas termasuk islam,kristien dan juga orang yahudi yang simpati terhadap kaum yang ditindas..Isu yang sama telah ditekankan oleh rabbi dari nturei karta..


"kami amat malu dengan mereka (yahudi zionism) yang menggunakan nama agama kami untuk epentingan mereka..mereka itu adalah puak yang terkutuk dan pengikut syaitan.."


sebenarnya saya secara peribadi amat malu melihat komited mereka dalam memperjuangkan nasiab rakyat palestina..bagaimana kesungguhan mereka melakukan boikot..saya berpeluang untuk bersama mereka selama dua hari ini..sungguh komited mereka melebihi kebanyakan muslim yang mengaku berjuang untuk palestin..mereka pernah di pukul,rumah mereka pernah diserang dengan 1000 biji telur..mereka sudah lebih 10 tahun menagadakan kempen dan penerangan serta mengutip bantuan derma palestin..sebuah kisah yang diceritakan oleh akh mus`ab dari islamic human right commision..pada tahun lalu ketika mereka terlibat dalam sebuah confrece di yaman rabbei-rabbei ini membawa berkotak2 makanan kerana tidak mahu menyentuh barang makan yang dimport dari israel.. kita pula bagaimana??namun ketika dalam hangat sesi soal jawab..bangkit sesorang dan bertanya tentang ayat-ayat alquran tentang yahudi dan nasara yang tak akan redha dengan islam??apa pendapat anda?


sebelum itu Dr. Amien Rais dalam ucap utamanya menekankan beberapa isu yang berkaitan isu ini, antaranya kelemahan kerajaan negara2 islam dalam memperjuangkan isu rakyat palestin dan membiarkan pencabulan undang2 antarabangsa oleh negara haram israel berlanjutan.. menurut beliau Indonesia sendiri walau pun memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk meluahkan sokongan atau bantahan masih tidak tegas terhadap dasar luarnya dengan amerika dan negara haram israel.


mungkin kita perlu membuat sesi khas utk menceritakan semua isu2 ber bangkit dalam hari pertama ini cukup menarik :)H.R Agung Laksono


15mei - penekanan yang menyeluruh di berikan tentang hal yang berkaitan penyeslesaian yang termampu diperingkat masyarakat awam dan professional..ucaptama di beri oleh H.R Agung Laksono tentang apa yang rakyat Indonesia mampu dan perlu lakukan.Beliau melihat kepada kemampuan Indonesia untuk menjadi orang tengah dalam crisis ini..beliau merasakan Indonesia cukup dihormati oleh kebanyakan negara.Tetapi atas kemampuan dari segi ketenteraan dan ekonomi indonesia yang agak terbatas beliau mengatakan cukuplah indonesia membantu dari segi sumbangan rakyat dan batahan serta tekanan didalam PBB dll.Seterusnya pembentang-pembentang lain memberikan idea2 mereka tentang cara mengatasi masalah ini dari pelbagai sudut.Yang menarik perhatian ialah dari http://www.inminds.org/ abbas panjwani menerangkan tentang bagaimana boikot telah memberi kesan terhadap negara haram Israel.Terbaru kempen memboikot tamar keluaran negara haram israel yang dikeluarkan untuk ummat islam bersempena ramadhan.Pihak Pace telah di berikan hak milik keatas video terkini tentang kempen boikot.

dihujung confrence ini satu resolusi telah dikeluarkan oleh penganjur yang antara lain berbunyi:

1. Urgent for all member of PBB to give coherent sanction, in the form of boycott economical and diplomatis to oppose Israel.


2. Urgent for international world to haul Israel Zionism to world court because they have conducted collision of HAM up to this time.


3. Insisting on all refugee of Palestinian can get the rights of to return to the ground Palestinian according to Resolution of PBB 194 as respect of human right.


4. Supporting concept one state in Palestinian that is Palestinian state through Palestinian people referendum entangling all religion and ethnic


5. Harking back to government of Indonesia as a country with biggest moslem majority in world to be the participation of in discussion of peace of Israel-Palestina sponsored by harmless America of Palestinian nation.


6. Making network entangled international organization which support Palestinian people rights, and also independence of occupying of Israel Zionism.

1 comments:

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

ni tak abis type ke?