Mari kita mengulangkaji sejarah perlanggaran piagam-piagam dan perjanjian-perjanjian oleh pihak Zionist Israel (Israel) yang kononnya inginkan perjanjian damai serta diplomasi dalam menyelesaikan isu di Palestin.
Pelanggaran Israel terhadap Undang-Undang Antarabangsa
Resolusi 181 – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya memperuntukkan 55% dari negara Palestin kepada pandatang Yahudi. Tetapi, Israel telah menawan lebih banyak daripada peruntukan itu iaitu sebanyak 77% selepas berjaya memengani peperangan pada tahun 1948 antara Penduduk Arab. Sebuah persetujuan yang ditaja oleh Amerika Syarikat iaitu Rhodes Armistice (Perjanjian Damai Rhodes) pada tahun 1949 meluluskan tambahan wilayah yang dikuasai oleh Israel.
Resolusi 194 (III) –Keizinan diberikan kepada pelarian Palestin untuk kembali ke rumah-rumah mereka selepas 800,000 rakyat palestin diusir oleh pengganas yahudi selepas perang 1948. Kini setelah 61 tahun resolusi ini diluluskan, Israel masih tidak membenarkan pelarian tersebut pulang. Bilangan pelarian Palestin di khemah-khemah pelarian di Jordan, Syria dan Lebanon kini telah mencecah lebih dari lima juta orang.
Resolusi 242 - Pengishtiharan pendudukan Israel di baitul Maqdis timur (seluruh Tebing Barat dan Semenanjung Gaza) adalah tidak sah dan Israel wajib berundur ke garisan Hijau seperti yang dipersetujui dalam perjanjian Rhodes pada tahun 1949. Sehingga hari ini Israel masih berdegil.
Resolusi 237 - PBB menolak pendudukan Baitul Maqdis dan pengisytiharan Israel sebagai ibu negara.
Resolusi 405 - Pada tahun 1988, PBB secara jelasnya memperakui Baitul Maqdis sebagai wilayah Palestin yang diduduki.
Israel telah mengistihar Baitul Maqdis sebagai ibu negara abadi Israel pada 30 Julai 1967. Pengisytiharan Israel ini diperakui oleh pentadbiran Bush apabila Presiden Bush menandatangani The State Department authorization Act (HRH 1646) pada 30 September 2002, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Presiden-Presiden sebelum beliau. Natijah dari akta tersebut, arahan dikeluarkan agar semua dokumen rasmi Amerika Syarikat mesti merujuk Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
Liga Negara-Negara (League of Nations), badan dunia yang mendahului PBB telah membuat penyiasatan pada tahun 1937 ke atas kedudukan ’Tembok Al-Buraq’ (tempat Nabi Muhammad s.a.w. mengikat tunggangannya dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj) dan mengesahkan ia sebagai warisan yang dimiliki umat Islam.
Israel kini berita-cita untuk merobohkannya dan menggantikan dengan sinagog mereka yang diberi nama 'Haikal Sulaiman'. Dalam hal ini Israel telah meletakkan tuntutan ke atas ’Tembok Tangisan’ (Wailing Wall) iaitu sebahagian daripada tembok sebelah barat Haram Al-Sharif.
Apabila berlaku rusuhan Tembok Buraq (The wailing wall’s riot) pada tahun 1929, Suruhanjaya yang dibentuk oleh Israel juga menuntut kedaulatan ke atas ’kawasan Yahudi’ yang terletak di sebelah barat Haram Al-Sharif. Kawasan ini pada asalnya merupakan kawasan Arab, dan penempatan Yahudi dibina di atas tanah wakaf umat Islam. Tidak ada sebidang tanah pun yang menjadi milik Israel atau Yahudi.
Perjanjian Oslo 1993 - Israel akan menghentikan pembinaan penempatan Yahudi di baitul Maqdis timur dan Tebing Barat. Tetapi, Israel giat mendirikan penempatan tambahan Yahudi selepas Oslo.
Kes pembinaan perumahan Yahudi di Jebel Abu Gneim (Yahudi merujuknya sebagai Har Homa) di Baitul Maqdis dan di tempat-tempat lain adalah isyarat jelas bahawa Israel mengolok-olokkan Perjanjian Oslo ciptaan mereka sendiri.
Tujuh tahun pasca Oslo, bilangan pendatang Yahudi di Tebing barat meningkat sekitar 100,000 orang kepada sekali ganda dari bilangan tersebut. Selain itu, Oslo juga mensasarkan dalam tempoh lima tahun selepas Oslo (1998), status muktamad negara Palestin akan diputuskan berdasarkan kepada Resolusi 242 dan 338 iaitu Israel akan berundur sepenuhnya dari wilayah yang diduduki pada tahun 1967. Kini (2010) iaitu 17 tahun pasca Oslo, negara Palestin merdeka yang dijanjikan tetap menjadi fatamorgana yang memperdayakan.
Tahun 1999 - Regim zionis telah membuat penegasan berikut yang amat jelas bertentangan dengan isi kandungan perjanjian Oslo iaitu:
1. Israel sama sekali tidak akan berundur daripada sempadan sebelum 6 Jun 1967 (tarikh bermulanya Perang Enam Hari, 1967);
2. Baitul Maqdis kekal sebagai bandaraya yang disatukan di bawah kedaulatan Israel sebagai ibu negara Israel
3. Penempatan Yahudi (di wilayah yang diduduki) kekal di bawah kedaulatan Israel.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice (IJC) memutuskan bahawa tembok pemisah yang dibina oleh Israel sebagai melanggar hak-hak rakyat Palestin dan perlu dirobohkan
Israel telah menubuhkan tembok Apartheid yang memisahkan penempatan-penempatan Yahudi di Baitul Maqdis Timur dan di sepanjang Tebing Barat yang bersempadan dengan Israel (sempadan wilayah yang diduduki pada tahun 1949).
Israel cuba berdolak-dalih dengan mendakwa tembok yang dibina sebenarnya adalah ‘pagar’ (fence) sementara dan bukannya ‘tembok’ (wall). Namun, hakikatnya tembok itu membawa implikasi pendudukan kekal Israel ke atas 43% dari wilayah Tebing Barat dan meletakkan baki 57% lagi dalam daerah-daerah yang terpisah-pisah.
Untuk meyakinkan dunia tentang sikap perikemanusiaan dan belas kasihan, Israel menyediakan 41 pintu-pintu pertanian untuk rakyat Palestin menguasaha ladang mereka. Hakikatnya tembok itu bukan sahaja memisahkan di antara keluarga rakyat Palestin, malah menyebabkan mereka kehilangan tanah pertanian mereka yang tidak lagi boleh diusahakan. Tembok itu memberi laluan kepada Israel untuk mengambil alih lebih banyak kawasan Arab yang dikepungnya.
Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1860 - Saluran barangan keperluan dan agihannya di seluruh Gaza mestilah berlaku tanpa sebarang sekatan, dan ini termasuk makanan, bahan api dan keperluan perubatan.
Kini Israel mengenakan sekatan ekonomi menyeluruh dan mengepung Gaza dengan menutup semua laluan udara, laut dan jalan darat sejak dari tahun 2007 sehingga menjerumuskan Gaza ke dalam krisis makanan, ubat-ubatan dan lain-lain bahan keperluan asas yang kritikal.
Amerika Syarikat yang kononnya mempertahankan hak asasi manusia berdasarkan Deklarasi hak Asasi Manusia sejagat (Universal Human Rights Declaration 1948) hanya melihat sahaja tindakan biadap Israel mengenakan sekatan ekonomi ke atas gaza, bahkan melakukan serangan paling ganas ke atas gaza pada penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009 menyebabkan 1,500 penduduk Gaza terbunuh separuh dari mereka adalah wanita dan kanak-kanak.
Jadi, siapakah pengganas sebenar dan siapa mangsa keganasan? sehingga tiada satu jaminan yang kukuh..mana mungkin jalan perjanjian damai boleh diyakini lagi.
Labels: antarabangsa, Kasih Al-Quds, ummah
Dalam meniti jalan dakwah panjang ini sering kita kali kita di kejutkan dengan ujian dan dugaan yang cukup bisa menggoyahkan langkah-langkah kita. Kita sering menilai apa yang dilakukan oleh orang lain untuk dakwah ini dan membandingkan dengan apa yang kita perolehi dalam usrah dan tarbiyah sehingga suatu ketika kita terlupa untuk menilai usaha kita,pengorbanan kita dan segala yang berkaitan dengan amal kita. Na`uzubillah. Kita juga sering terbeban oleh perasangka terhadap orang lain. Mengapa Muharrik ad-Dakwah masih dibebani perasaan ini?bebaskanlah diri kalian dari belenggu itu..Dakwah itu seharusnya dipenuhi oleh bunga-bunga cinta!
Dakwah itu Cinta
Dakwah bukan suatu yang dilakonkan, ia lahir dari perasaan yang membentuk kesedaran dan dipandu oleh kefahamaan. Dakwah itu nafas kehidupan, Tarbiyah adalah sendi perjuangan, Anti kezaliman adalah naluri orang berakal. Ia perlu sebati dalam diri supaya, tiap titis pengorbanan diatas jalan ini meski perih dan sakit akan menjadi manis, semanis madu. Ikhwani filLah, untuk menghidupkan nafas seperti ini tidak mungkin lahir dari hanya didalam lingkungan bulatan-bulatan kecil yang dilimpahi tulisan dan anak panah semata! ia perlu dimurnikan dengan turun ke medan-medan amali, infaq dikala senang dan sukar. Semangat pemuda tidak harus dikurung dan dibelenggu "Wahai pemuda!!! Sesungguhnya dasar keimanan adalah nurani yang menyala, Dasar keikhlasan adalah hati yang yang bertaqwa, Dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, Dasar amal adalah kemahuan yang kuat, Semua itu tidak lain terdapat pada diri pemuda" kata Pak Hasan.
Dakwah itu cinta, dan tidak ada dakwah tanpa cinta. Hati itu sumber cahanya dan kebaikan. Kemudian urusan itu berkembang lebih jauh lagi, dari ke arah berlapang dada kemudian kepada al-ithar (mengutamakan saudaranya). Kerana itulah dakwah yang bukan disulami cinta akan melahirkan kebencian dan kesmpitan hati membawa kepada perpecahan. Daei memerlukan hati yang cukup luas untuk menampung hati-hati yang mad'u dan ikhwah yang lain. Bila ithar dan husnudzon itu memenuhi jiwa daei itu tandanya pohon Cinta Dakwah sedang subur mekar di hati mereka.
Sebenarnya, banyak hati-hati manusia yang tersorok, yang terasing, dan dilupakan. Apabila Allah menghendaki mendapat hembusan seruan dakwah, sentuhan dari tangan yang lembut dan pandangan yang redup, die mudah menguntum dan mekar laksana sekuntum bunga yang sedang mekar, lantas jiwa-jiwa itu akan mengadap laksana mengadapnya siang hari dan perasaan itu mengalir laksana mengalirnya sungai-sungai. Lahirnya fitrah kemanusiaan menurut hakikatnya yang Rabbani, yang memancarkan cahaya dengan petunjuk Al-Haq lalu bangkit membina dan membangun."nahnu duat walaisa qudat" kita adalah daei dan bukan qadi. Ikhwani Fillah, kita serahkan sahaja kepada Qadi untuk melaksanakan amanah yang di letakkan di bahu mereka untuk menghukum. Pandanglah mad'u kalian dengan pandangan kasih sayang, simpatilah dengan mereka yang melakukan maksiat dan rasa bertanggungjawablah untuk berusaha menjadi penyebab kepada sampainya hidayah di jiwa mereka.
[sohih al-Bukhari]
(Q.S Al A’raf:164)
(At-Taubah: 128)
sudahkah anda bercinta?
“Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: “”Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!”
(Al-Nisaa` : 75)
Labels: antarabangsa, Kasih Al-Quds, ummah
30th December 2008
U.S. Embassy, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia
Labels: antarabangsa, Kasih Al-Quds, pace, ummah
Labels: Hobby, Kasih Al-Quds, Photog, ummah
Labels: D-A-H-Z, Kasih Al-Quds, ummah
Labels: D-A-H-Z, Kasih Al-Quds, pengajaran pengalaman, ummah
Labels: D-A-H-Z, Kasih Al-Quds, ummah
(At-Tirmizi dan Al-Hakim daripada Abu Said)
Labels: pengajaran pengalaman, ummah
“Apa pendapat saudara tentang isu baju kurung sekolah perempuan?”
Saya mengerutkan dahi dan kemudian bertanya kepadanya semula. “Pendapat yang bagaimana yang kamu hendak? Menyokong atau membantah?”
“Erm. Saya ada baca tiga pendapat yang berlainan. Satu daripada yang mengutarakan isu iaitu HEWI PKPIM. Pihak kedua adalah Muslimat PAS yang kelihatan menyokong tetapi pendapat ketiga adalah daripada Wanita JIM yang nampaknya membantah cadangan tersebut.”
Saya menarik nafas panjang-panjang dan melepaskan perlahan-lahan. Betul, baru semalam juga saya membaca pendapat Wanita JIM tersebut di emel saya. Saya cuba menyusun semula pendapat-pendapat yang diutarakan oleh tiga pihak ini.
“Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ. Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan.” –Munirah Bahari(HEWI PKPIM)-
“Kita tidak dapat menafikan bahawa material (bahan) kain putih yang digunakan selama ini adalah agak nipis dan menyebabkan pelajar-pelajar perempuan kelihatan agak seksi khususnya apabila tidak mengenakan tudung yang dapat membantu menutup dada mereka.” –Muslimat PAS-
“Baju kurung seragam berwarna putih telah sekian lama dipakai tanpa menimbulkan sebarang masalah. Masalah sosial dan gejala seksual yang semakin meruncing di kalangan pelajar sebenarnya berpunca dari krisis nilai, hakisan pegangan agama dan moral yang sedang hebat melanda masyarakat kini,” –Dr. Harlina Siraj(Wanita JIM)-
Fokus pada persamaan
Setiap pihak ada hujah mereka sendiri dan kesemua hujah tersebut adalah betul mengikut pengalaman dan perbincangan lanjut di antara mereka(dalam kumpulan). Beberapa blogger awal-awal lagi sudah menghukum Wanita JIM sebagai tidak sehaluan, bermasalah dan sebagainya.
“Jadi kamu pening memilih mana satu pendapat?” Saya tersenyum sendirian sambil menghadap monitor komputer.
“Ya!”
“Kalau begitu, bagi saya ketiga-tiga pendapat adalah betul dan ketiga-tiganya sekali saya terima.”baju kurung sekolah
“Bagaimana saudara boleh menerima ketiga-tiga pendapat tersebut?” soalnya.
“Cari persamaan bukannya perbezaan.”
Bersatulah kamu semua di atas tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah. (Ali-Imran : 103)
Dalam menilai setiap pendapat, apa yang perlu kita utamakan terlebih dahulu adalah persamaan yang wujud. Bukannya mencari perbezaannya dan kemudian menghentam satu pihak yang kelihatan pendapatnya tidak kena dengan jiwa kita.
Pendapat diutarakan berdasarkan pengalaman
“Aduh, naif sungguh pendapat ini. Malang bagi mereka kerana tidak dapat mengembangkan perbincangan mereka kepada perkara yang lebih praktikal!” Ujar seorang blogger, menafikan pendapat Dr. Harlina Siraj.
“Mungkin juga beliau terlupa bahawa beliau dikelilingi oleh golongan-golongan yang memang berpakaian baik dan berfahaman tinggi tentang garis panduan pemakaian, maka suatu undang-undang tidak lagi diperlukan.” Ujarnya lagi.
Seperti yang telah saya tulis pada awal entri ini lagi. Setiap pihak apabila mengeluarkan pendapat kepada media dengan menggunakan nama kumpulan masing-masing sudah tentunya telah membuat perbincangan sesama mereka.
Saya mengenali Wanita JIM dengan pelbagai usaha mereka dalam membentuk kesedaran dengan pelbagai program. Begitu juga dengan HEWI PKPIM dan Muslimat PAS. Mereka mengutarakan pendapat mereka mengikut hasil perbincangan dan pengalaman setiap kumpulan masing-masing.
Saya meminta agar setiap pendapat mereka dibaca dengan teliti. Bukan baca dengan cara scanning dari atas ke bawah sahaja dan kemudian terus membuat penilaian. Kadang-kadang ada perkara penting yang kita terlepas pandang.
Apa persamaan antara tiga pendapat ini
HEWI PKPIM mengutarakan pendapat supaya warna baju tersebut ditukar kerana kelihatan seksi. Muslimat PAS pula berpendapat isunya bukanlah warna baju tetapi jenis kain yang digunakan.
Wanita JIM pula mengutarakan pendapat yang hampir sama dengan Muslimat PAS, baju kurung berwarna putih tidak perlu ditukar. Tetapi pendedahan tentang ajaran Islam, moral dan pegangan agama yang kukuh yang perlu diberi perhatian.
Apa yang salah pada ketiga-tiga pendapat ini? Semuanya saling berkaitan. Kalau hendak dikatakan Wanita JIM menolak cadangan HEWI PKPIM tersebut, kenapa tidak berkata begitu juga kepada Muslimat PAS?
Kita perhatikan lagi pendapat ketiga-tiga pihak ini.
“Jika kementerian ingin mengekalkan seragam warna putih, katanya, PKPIM mencadangkan pelajar perempuan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung yang labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat.” –Malaysiakini.com-
“Aiman Athirah Al Jundi(Muslimat PAS) berkata isunya bukan warna baju pelajar itu tetapi jenis kainnya yang jarang dan menarik perhatian.” –Malaysiakini.com-
“Namun tidak dapat dinafikan, hari ini terdapatnya segelintir pelajar sekolah yang tidak mematuhi norma-norma serta etiket cara berpakaian yang sewajarnya. Berpakaian seragam baju kurung putih yang agak jarang tanpa memakai pakaian dalam / camisole atau tudung yang sempurna, akan menampakkan baju dalam dan susuk tubuh yang tentunya kurang sesuai dan tidak manis dipandang mata di khalayak umum.” –Wanita JIM-
Jadi, nilailah pendapat ketiga-tiga pihak ini dengan sewajarnya. Jika diperhatikan, tiada perbezaan yang besar pun antara ketiga-tiga pendapat. Semuanya tetap menginginkan yang terbaik buat generasi yang datang. Perkara paling pokok dalam isu ini adalah beri kefahaman kepada remaja dan juga ibu bapa tentang adab menutup aurat.
Kesimpulan
Saya amat berharap jika Muslimat PAS, ABIM dan Wanita JIM dapat berkumpul dan duduk berbincang jika ingin isu ini berakhir dalam keadaan yang baik. Pihak lain juga tidak perlu melenting tanpa sebab terhadap isu ini.
Kalau pada pendapat saya sendiri pun, isunya bukanlah warna kain tetapi jenis kain yang digunakan. Mungkin kementerian boleh membuat rombakan terhadap jenis kain yang dijual di kedai untuk kegunaan bagi membuat baju seragam sekolah perempuan.
Bagi pihak HEWI PKPIM, mungkin mereka boleh buat pungutan suara secepat mungkin dalam kalangan pelajar sekolah termasuk pihak pentadbiran sekolah. Pihak-pihak lain pula boleh memperhebatkan lagi program-program kesedaran tentang menutup aurat.
Teringat kata-kata kawan sekolah rendah saya, “Baju pengawas sekolah berwarna biru pun ada yang jarang juga.”
Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)
Azree Hanifiah
penulis merupakan ahl-baytul fareed :)
juga ajk karisma international
Labels: ummah
confrence on the freedom and right of return palestine and 60 years of ethnic cleansing
apa yang menarik pada confrence ini ialah penyertaan pembantang2 dari pelbagai latar belakang di peringkat anatarabangasa dan tempatan indonesia seperti dari ikhwan muslimin mesir ,syiah,christian anti zionism,rabbei yahudi naturei karta , innovativemind, Islamic human right commission, juga ikhwah dari south afrika; Ihsan hendriks pengerusi Islamic Judicial Council , turut hadir tokoh tempatan Dr Amin Rais, KH Hasyim Muzadi (nahdatul ulama` indonesia) dan lain.. 13mei- kira-kira jam 7malam waktu indonesia saya tiba di lapangan terbang jakarta dan disambut oleh akh Teguh dari COMES.Dari sana saya di saya dengan di iringi oleh sebuah kereta peronda polis dihantar ke Hotel Caesar. Malam pertama tiada sebarang aktiviti hanya makan dan berehat di bilik.
14mei- confrence ini dibahagikan kepada 2 bahagian..hari pertama (14mei) lebih menumpukan aspek2 isu semasa,sejarah,penderitaan dll.Hari kedua pula menumpukan solusi yang perlu dilakukan dalam pembebasan al-quds.Jadi beberapa isu yang ditekankan oleh kebanyakan pembentang ialah tentang asas permasalahan di palestin,sama ada isu Agama atau politik zionism??
hampir semua pembantang bersetuju bahawa isu yang berlaku sekarang adalah berasaskan politik zionisma atas beberapa dasar.Pertama tentang keahlian zionism yang bukan atas dasar agama.terdapat zionism yahudi,kristien dan zionis muslim.Kedua yang ditindas di Al-Quds tidak terhad atas orang Islam sahaja tetapi semua agama ditindas termasuk islam,kristien dan juga orang yahudi yang simpati terhadap kaum yang ditindas..Isu yang sama telah ditekankan oleh rabbi dari nturei karta..
"kami amat malu dengan mereka (yahudi zionism) yang menggunakan nama agama kami untuk epentingan mereka..mereka itu adalah puak yang terkutuk dan pengikut syaitan.."
sebenarnya saya secara peribadi amat malu melihat komited mereka dalam memperjuangkan nasiab rakyat palestina..bagaimana kesungguhan mereka melakukan boikot..saya berpeluang untuk bersama mereka selama dua hari ini..sungguh komited mereka melebihi kebanyakan muslim yang mengaku berjuang untuk palestin..mereka pernah di pukul,rumah mereka pernah diserang dengan 1000 biji telur..mereka sudah lebih 10 tahun menagadakan kempen dan penerangan serta mengutip bantuan derma palestin..sebuah kisah yang diceritakan oleh akh mus`ab dari islamic human right commision..pada tahun lalu ketika mereka terlibat dalam sebuah confrece di yaman rabbei-rabbei ini membawa berkotak2 makanan kerana tidak mahu menyentuh barang makan yang dimport dari israel.. kita pula bagaimana??namun ketika dalam hangat sesi soal jawab..bangkit sesorang dan bertanya tentang ayat-ayat alquran tentang yahudi dan nasara yang tak akan redha dengan islam??apa pendapat anda?
sebelum itu Dr. Amien Rais dalam ucap utamanya menekankan beberapa isu yang berkaitan isu ini, antaranya kelemahan kerajaan negara2 islam dalam memperjuangkan isu rakyat palestin dan membiarkan pencabulan undang2 antarabangsa oleh negara haram israel berlanjutan.. menurut beliau Indonesia sendiri walau pun memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk meluahkan sokongan atau bantahan masih tidak tegas terhadap dasar luarnya dengan amerika dan negara haram israel.
mungkin kita perlu membuat sesi khas utk menceritakan semua isu2 ber bangkit dalam hari pertama ini cukup menarik :)H.R Agung Laksono
dihujung confrence ini satu resolusi telah dikeluarkan oleh penganjur yang antara lain berbunyi:
1. Urgent for all member of PBB to give coherent sanction, in the form of boycott economical and diplomatis to oppose Israel.
2. Urgent for international world to haul Israel Zionism to world court because they have conducted collision of HAM up to this time.
3. Insisting on all refugee of Palestinian can get the rights of to return to the ground Palestinian according to Resolution of PBB 194 as respect of human right.
4. Supporting concept one state in Palestinian that is Palestinian state through Palestinian people referendum entangling all religion and ethnic
5. Harking back to government of Indonesia as a country with biggest moslem majority in world to be the participation of in discussion of peace of Israel-Palestina sponsored by harmless America of Palestinian nation.
6. Making network entangled international organization which support Palestinian people rights, and also independence of occupying of Israel Zionism.
Labels: Kasih Al-Quds, kembara, pengajaran pengalaman, ummah
with Dr Daud Abdullah ( Deputy Secretary General Muslim Council of Britain)
here is my best friend :) Abbas Panjwani ( http://www.inminds.co.uk/)
with Dr Stephen Sizers
Dr. Ahmad Diab (Deputy Secretary General of the Parliement Bloc of Ikhwan Muslimin Mesir)
dari kiri Me, Dr. Mahmoud Shadjareh (Chair,Islamic Human Right Commision), Mohammed Al-Asi (The Institue Of Contemporary Islamic Thought of USA)
Alhamdulillah dapat bersama mereka dan bertukar-tukar idea dan pendapat tentang isu palestin terutamanya tentang Yahudi Naturei Karta dan hal kempen boikot :)
Labels: antarabangsa, Kasih Al-Quds, ukhuwah, ummah