Abang`s turn :)

on 16.6.08

sekali je akad :)
tenang dan yakin

kak hamnah dapat gelang hehe

hehe batal ke wudhu`??


ceria dan bahagia

tgh sibuk sangat siapkan 2 buku dan beberapa urusan penting..
tak dapat nak cerita detail..may the pict. tell it :)

anyway tahniah buat abg irfan dan kak hamnah..moga menjadi pasangan militer menggegar
pahang lepas ni iAllah..

who`s next??
opss kecuali yeop :P

Giliran bai la!!!

on 24.1.08




pasni jaulah ke utara!!

"sapu habuk"

on 1.1.08

hehe dah kena marah sebab behabuk..huhu tgh mengalami ketidak setabilan emosi ni..tu yang tak update..takut nnt merapu tahap tidak sihat..apa-apa pun selamat tahun baharu!!

sekitar walimah WAWI

on 3.11.07

orang baru sampai dia balik dah..
ikhwah seberang laut hehe
hud,azrai,izani,fadhil
watak utama hari ni..tapi depa datang lambat
tak sempat nak bergambar sekali..

sorang lagi alumni bayt-ul-farid =)

kita adalah pejuang kemerdekaan

on 9.2.07


kita adalah pejuang kemerdekaan

pagi tadi selepas solat jumaat di masjid tabung haji saya bersama beberapa orang rakan dari UIA bersama-sama menyertai demonstrasi aman membantah kebutaan Amerika terhadap pencabulan hak dan maruah umat Islam oleh sekutu rapatnya rejim-zionis-israel.Dasar negara pengecut tidak berani membuka pintu walaupun sekadar untuk penyerahan memorandum bantahan..mungkin takut kepada bayang-bayang sendiri..namun saya belum bersedia untuk memberkongsi tentang pengalaman demo pertama untuk bulan Febuary 2007..saya lebih tertarik dengan satu senario yang kebetulan berlangsung didepan mata saya..


kisah dua pegawai muda

"ish zali (bukan nama sebenar),kau tengok bdak2 tu pakai baju same je ade ape ni...?"sambil menundingkan jari kepada sekumpulan petugas amal PAS.."aku dengar ade demo Falestine kejap lagi.."jawab pemuda yang dipanggil Zali td."tak abis-abis dengan Falestine..ape nak kisah dengan orang kat sane tu..bukan sedara pun,kenal pun tak..lagi nak menyibuk hal orang jauh-jauh ntah ape-ape la orang-orang terlebih semangat ni..menyampah aku,satu hal lagi..kalau tak pasal-pasal Amerika datang serang kita sebab buat pasal kat kedutaan dia sape susah..tak guna betul la orang-orang ni kan lagi baik duk rumah dengan anak bini..takde masalah cari masalah"

Kalau bukan kerana di dalam masjid dan khutbah sudah bermula,sudah lama darah muda ini diturutkan..hehe tapi mungkin kerana dia tidak mengerti atau sudah dibutakan dari melihat cahaya kemanusiaan atau mungkin dia telah terbentuk dengan acuan jahiliyyah yang telah membuntuk hijab diantara hatinya dan hati umat Islam yang lain..terlalu kejamkah hukuman yang saya berikan kepada dia?


nahnu duaat walaisa qudaat

"kita adalah daei dan bukan hakim" itulah lima patah kata-kata yang cukup mendidik saya..saya diperdengarkan kata-kata ini dari seorang kenalan ketika berjaulah di aceh selama "se-pekan"..kenalan tadi berkata demikian ketika saya menceritakan masalah sosial yang terjadi di tempat saya belajar ketika itu.. (anda tahukan dimana hehe)setelah demonstrasi tamat..saya yang ditemani dengan seorang teman yang istimewa yang sudah lama tidak bertemu pulang ke destinasi masing-masing..kami menaiki LRT bersama menghala ke Terminal Putra..dia turun di wangsa maju dan saya meneruskan perjalanan ke Taman Ilmu dan Budi..setelah sahabat tadi turun..ingatan saya kembali terarah kepada senario yang terjadi sebelum solat Jumaat tadi..
Saya mula berfikir bernarkah kita sebenarnya belum merdeka? adakah senario tadi hanyalah kes terpencil atau memang majoriti masyarakat kita berfikiran demikian?


kita sebenarnya belum merdeka

Tahun ini genap 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan fizikal-nya..disebalik hakikat yang membanggakan itu..sebenarnya kita juga sudah genap 50 tahun pemikiran kita dijajah oleh jahiliyyah yang dibawa oleh barat..sehingga hari setiap inci dari kehidupan kita seolah dibayangi oleh gemerlap jahiliyyah..
usah mencari-mencari lagi cukuplah dengan fakta yang boleh didapati di dada-dada akhbar..korupsi,rasuah,dadah,seks rambang,homoseksual,arak,rokok dan segala macam serangan pemikiran yang menjadi pegangan generasi muda hedonisma,sekularisma,libralisma cukuplah untuk setakat ini sahaja saya gariskan konkongan-kongkongan minda dan jiwa generasi "merdeka" kita..di manakah silapnya sehingga semua ini berlaku??sistem pendidikan?? atau sistem pemerintahan?? atau institusi kekeluargaan?? bukan tugas saya untuk menjadi hakim dalam masaalah ini kerana saya seorang daei dan bukan hakim ;)


Kita adalah pejuang kemerdekaan "jiwa" negara!!

Kawan-kawan semua tahu tak betapa lagu "Ruh Al-JAdid" yang vidioclip nya ada diruangan mahrajan blog ini..
yup mahrajan yang pertama itu..kita ada semangat baru didalam jasad ummah..menjadi molekul yang menjadikan jasad itu hidup dan berfungsi sebagai jasad yang sihat!!
kita punya tugas besar untuk membetulkan jiwa masyarakat..
kita perlu menyediakan diri kita untuk menjadi doktor jiwa kepada masyarakat..
kita perlu pesiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya untuk merawat luka-luka di jiwa masyarakat..
kita perlu mendedahkan diri kita supaya dapat mendekati masyrakat..
kita perlu membina kembali ikatan antra pejuang-pejuang kemerdekaan jiwa negara ini..

kerana kita adalah pejuang kemerdekaan ini!!
ia adalah anugerah dan bukan bebanan

1428 H

on 20.1.07


Saya kembali menulis blog..
entah mengapa jari-jemari ini begitu berat untuk menulis..
tetapi hari ini lain..
lain dari hari2 yang lain..
hari ini genap 1428 tahun peristiwa agung hijrah Rasul dari Mekkah ke Madinah..
Saya cuba untuk menyelongkar seberapa banyak peristiwa-peristiwa dan pengajaran yang terperam dalam minda yang mula berkarat ini..
mungkin kerana terlalu lama berdiam..
hari ini semua orang bercakap tentang Hijrah..
Saya juga mahu berhijrah..
Menjadi lebih baik..mungkin..
Saya mahukan ketenangan..
Melupakan sebahagaian dari kisah silam..
Melangkah lebih terArah..
Doakan Saya untuk berHijrah..
Doakan jari-jemari Saya menjadi lebih ringan..
Doakan Saya menjadi lebih rajin..
Senarai ini tidakkan terhenti setakat ini..
Terlalu banyak yang anda perlu doakan Saya..
Yang Penting doakan Saya tabah hati tak belah bagi..
Tabah macam Nabi yang tidak pernah kenal henti..
Tabah macam Abu Bakar setia bersama Nabi..
Tabah macam Ali yang sanggup ganti tempat Nabi..
Tabah macam Ayyash tidak takut akan Mati..
Tabah macam Ibn Walid yang Thabat sehingga di panggil pergi..
Sebab jalan ni masih panjang..
Sebab kita tidak tahu dimana perhentian kita..
Sebab masa tak menanti kita..
Sebab ajal tak tunggu kita..