1428 H

on 20.1.07


Saya kembali menulis blog..
entah mengapa jari-jemari ini begitu berat untuk menulis..
tetapi hari ini lain..
lain dari hari2 yang lain..
hari ini genap 1428 tahun peristiwa agung hijrah Rasul dari Mekkah ke Madinah..
Saya cuba untuk menyelongkar seberapa banyak peristiwa-peristiwa dan pengajaran yang terperam dalam minda yang mula berkarat ini..
mungkin kerana terlalu lama berdiam..
hari ini semua orang bercakap tentang Hijrah..
Saya juga mahu berhijrah..
Menjadi lebih baik..mungkin..
Saya mahukan ketenangan..
Melupakan sebahagaian dari kisah silam..
Melangkah lebih terArah..
Doakan Saya untuk berHijrah..
Doakan jari-jemari Saya menjadi lebih ringan..
Doakan Saya menjadi lebih rajin..
Senarai ini tidakkan terhenti setakat ini..
Terlalu banyak yang anda perlu doakan Saya..
Yang Penting doakan Saya tabah hati tak belah bagi..
Tabah macam Nabi yang tidak pernah kenal henti..
Tabah macam Abu Bakar setia bersama Nabi..
Tabah macam Ali yang sanggup ganti tempat Nabi..
Tabah macam Ayyash tidak takut akan Mati..
Tabah macam Ibn Walid yang Thabat sehingga di panggil pergi..
Sebab jalan ni masih panjang..
Sebab kita tidak tahu dimana perhentian kita..
Sebab masa tak menanti kita..
Sebab ajal tak tunggu kita..

1 comments:

NJ said...

waa... nak nangis je bace... peringatan! peringatan buat diri yang sering lupa.
all d best in ur future undertakings!