Rabbani vs Ramadhani

on 9.9.09


"KUN RABBANIYAN WALA TAKUN RAMADHANIYAN"

Jadilah kamu penyembah Allah dan jangan kamu jadi penyembah Ramadhan


Sesungguhnya Ramadhan itu akan berlalu tetapi Allah itu kekal..janganlah dengan berlalunya Ramdhan berlalulah juga amal-amal yang sedang kita rancakkan kini..Subhanallah sedar tak sedar sudah disempadan 10 malam terakhir Ramadhan.Masih sempat untuk merebut amal di kemuncak bulan ini.Selamat mengejar Malam Al-Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan itu!!


kemudian Ramadhan pun berlalu kita kan tetap konisten dengan amal kita..
inilah tarbiyah ramadhan..madrasah ramadhan..

آآمين يارب العالمين

on 28.7.09


اللهم إني أسالك إيمانا دائما وأسألك قلبا خاشعا وأسألك علما نافعا وأسألك يقينا صادقا وأسألك دينا قيما وأسألك العافية من كل بلية آمـــــين

Sya'ban : Ramadhan semakin hampir :)

on 22.7.09


"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban."

[Hadis riwayat al- Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.]

*gambar kualiti kurang-xbeli lagi dslr masa ni hehe

erti kewujudan

on 1.6.09

self portraiture

on 13.3.09

credit for muaz for the pict

hmm selama mula melihat kejadian dan alam ciptaanNya melalui aperture camera jarang sekali dapat menyimpan gambar diri sendiri..menyedari hal ini saya terfikir akan satu perkara mungkin Allah ingin mengingatkan diri saya juga muhasabah buat diri-diri yang-mengaku-daei sering kita melihat orang lain bimbang-bimbang kita terlupa melihat diri sendiri. Teringat kata-kata saidina Umar Al-khattab:

"Hisablah diri mu sendiri sebelum anda di hisab oleh Allah S.W.T"

jadi pembaca sekalian terutama yang mengaku dirinya sebagai da'ei sudahkah anda melihat diri anda sendiri??
Abu Sahl al-Sa’lukiyy telah menukillkan sebuah syair yang cukup mendalam tentang merpati:


“Aku tidur dalam keadaan alpa,

sedangkan merpati menangis,

padahal dia tidak berdosa apa-apa,

tetapi aku terlalu banyak berdosa.

Demi Allah, sesungguhnya aku berdusta…

Jika benar aku seorang yang berakal,

nescaya aku tidak akan didahului oleh tangisan merpati.”


Dosa tidak dapat dibasuh melainkan dengan air mata. Keberanian hanya dapat disuburkan dengan air mata malam. Sejarah Islam hanya mengenali tokoh-tokohnya sepanjang zaman dengan sifat ini. Ibn al-Qayyim tidak berdusta ketika beliau menyifatkan mereka dengan berkata:


“Mereka menghidupkan malam,

dengan ketaatan terhadap tuhan mereka.

Dengan tilawah, tadarru’ dan doa.

Air mata mereka mengalir umpama hujan lebat yang berpanjangan.

Ketika malam, mereka ibarat pendeta yang tekun beribadat,

tetapi ketika berjihad mereka adalah pahlawan yang paling berani.

Pada dahi mereka terdapat tanda sujud kepada tuhan,

dan padanya ada nur cahaya yang bergemerlapan.”


dimanakah kita??
ambil camera tangkaplah gambar diri sendiri ;)

ahlan ya Ramadhan

on 31.8.08

buku yang sedang di baca :)

on 9.6.08


"buat jiwaku yang keras dan kotor.."

tentang hati

on 4.11.07

Jom kita review sedikit dari lautan sirah junjungan agung Muhammad selawat dan sejahtera keatas baginda.Bagaimana ketika permulaan risalah yang dibawa oleh Baginda.Dakwah secara sirr atah rahsia kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat Baginda.Penekanan aspek tauhid.Selari dengan wahyu yang diturunkan ketika itu.Ayat yang pendek,isu ketuhanan dan keyakinan.Mempersiapkan golongan awal penerima hidayah ini dengan persiapan hati dalam menggalas risalah agung yang maha berat ini.Hati mereka dibentuk oleh nabi untuk membenci kemaksiatan dan bukan membenci pelaku maksiat bahkan Baginda mengajar supaya melihat mereka dengan pandangan simpati dan kasih sayang.Indahnya hati-hati pendukung risalah di zaman itu.Jernih lagi bercahaya.Hati yang betaut atas kalimah tauhid ini tidak pernah bersangka buruk sesama mereka.Sentiasa bersama dalam suka dan duka.Betapa hari ini kita kehilangan sifat ini dikalangan pendukung risalah.Betapa kita terlupa yang kita cari itu adalah redha Allah.Redha Allah bukan pada betapa tersusunya system kita,bukan betapa ramainya ahli kita,bukan pada berapa banyak dana yang kita kumpul untuk menggerakkan jentera dakwah ini tetapi pada usaha yang kita lakukan atas kemampuan dan keikhlasan.Mengajak orang kepada Allah merupakan satu perkerjaan yang bermain dengan hati.Mengikat hati-hati dijalan Allah itu menuntut komunikasi antara hati.Mungkin ada benarnya kata Pak HAMKA “jika yang bercakap itu mulut,maka yang mendengar itu cuping telinga..tetapi jika yang berbicara itu hati maka yang mendengar itu jugalah hati” adakah kita semua sudah mampu berbicara dengan hati?adakah kita semua sudah mampu mendengar dengan hati? Saya pernah ditanyakan dengan satu soalan “Bagaimana kita mahu tahu yang kita sudah mampu berbicara dengan hati dan mendengar dengan hati?” saya memberikan satu jawapan yang mudah “apabila kita berasa tenang apabila berbicara, dan orang lain juga bersa selesa berbicara dengan kita, ketahuilah disaat itu anda benar-benar berbicara dengan hati dan mendengar dengan hati” ayuh kita bersama mengkoreksi diri kita dari segala penyakit-penyakit hati yang boleh merosakkan perjalanan hidup ini terutama sebagai seorang dae`I .Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Hasyr ayat 10 “Dan janganlah Engkau biarkan kedengkian dalam hati terhadap orang yang beriman” .Sudah pasti tidak semudah pandangan pertama untuk kita menghukum seorang itu beriman atau tidak.Itu hak Allah. Tetapi ketahuilah Iman itu menuntut kepercayaan dalam hati,ungkapan dengan lisan dan menifestasi dalam perbuatan.Aduh..betapa indahnya Islam kita ini.Nikmat yang sebenar-benar nikmat.Cuba anda bayangkan diri anda tanpa Islam.Hina bukan?.Teringat satu ungkapan dari as-Sheikh Dr Yusuf Qardhawi dalam satu prakata penulisan beliau “Islam ini satu nikmat yang diberikan oleh Allah kepada segolongan manusia dari seluruh ummat manusia,dari segolongan yang diberikan nikmat tadi, telah Allah pilih segolongan yang lebih kecil lagi untuk memahami Islam mereka itu,dan dari segolongan yang kecil itu,Allah pilih lagi segolongan yang lebih kecil lagi untuk mengamalkan apa yang mereka fahami itu,kemudian Allah memilih lagi segolongan yang lebih kecil dari golongan tadi untuk memperjuangkan Islam agar seluruh ummat manusia dapat menikmati nikmat Islam itu…”

iftar perdana Hidayah Centre

jadi di manakah diri kita pada hari ini? Bukan kah telah Allah berfirman di dalam surah Al-Duha ayat yang terakhir “dan dengan nikmat(islam) yang telah Allah berikan itu,maka hebahkanlah” hanya orang-orang yang lembut jiwanya,bersih hatinya dapat menghayati betapa perlunya berkongsi nikmat islam ini kepada semua orang.Islam ini bukan milik puak minority tetapi untuk semua.Bukankah islam itu “rahmatan lil `alamin..” mari kita hayati bait-bait syair yang terilntas dari mulut seorang ahl-zuhud Abu Sahl ash-Sha`luki..

“Aku tidur dalam keadaan lalai sedang burung burung merpati menangis,Padahal burung burung merpati itu tidak punya dosa,Akulah yang berdosa,Demi Allah aku, aku dusta ; seandainya aku berakal tentulah burung burung merpati itu tidak mendahului ku dalam menangis”

Sesungguhnya dosa itu tidak akan terhapus melaikan dengan air mata dan keberanian yang benar itu tidak dapat dihidupkan melaikan dengan air mata di malam hari.Sejarah Islam tidak menceritakan tentang tokoh tokoh mereka melainkan yang memenuhi kreteria ini..menghidupkan malam. Ibnul Qayyim mengungkapkan kata-kata ini ketika menggambarkan tokoh tokoh islam;

“Mereka yang menghidupkan malam harinya dengan mentaati Tuhan mereka, iaitu dengan membaca Al-Quraan,mendekatkan diri kepadaNya.Sedang mata mereka mengalirkan air mata yang deras,bagai derasnya air hujan yang yang lebat.Bila malam tiba, mereka bagai para rahib dan di saat berjihad melawan musuh,mereka bagaikan pendekar yang berani.Diwajah mereka terdapat bekas tanda sujud kepada Tuhan mereka.Terpancarkan cahaya yang berkilau..”




Sekarang anda sudah tahu rahsia untuk menghiduupkan hati..ayuh bersama kita hidupkan hati kita agar hati kita lebih ikhlas kepada Allah dan ketahuilah bahawa bantuan Allah itu dekat ;)

ermm baru penulisan ke 100 dalam blog ni..harap dapat terus menulis =)

menangislah =)

on 8.8.07

GAMBARAN DAN KELEBIHAN MENANGIS

((إذا تتلى عليهم آيات الرحمن خروا سجدا وبكيا)) (مريم: 58)

Maksudnya:
Apabila dibacakan ayat-ayat Tuhan yg maha pemurah maka mereka akan sujud dan menangis.


(سبعة يظلهم الله في ظله، يوم لاظل إلا ظله: -منها- ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه.)

Maksudnya:
Tujuh golongan yang mana Allah naungi mereka di bawah naungannya: -diantaranya- dan seorang lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalir air matanya.
(HR Bukhari dan Muslim)

(لا يلج النار رجل بكى من خشية الله، حتى يعود البن في الضرع)

Maksudnya:
Tidak masuk neraka lelaki yang menangis kerana takut kepada Allah sehinggalah susu masuk ke dalam putingnya kembali (menunjukkan kepada takkan masuk ke neraka lelaki tersebut)
(HR Tirmizi)

(طوبى لمن ملك لسانه، ووسعه بيته، وبكى على خطيئته)

Maksudnya:
Beruntunglah seiapa yg dapat menjaga lidahnya dr dosa dan kesalahan, rumahnya selesa bgnya dan menangis terhadap kesalahnya.
(HR Thabrani)


NABI MENANGIS

(عن عبد الله بن الشخير قال: (رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بنا، وفي صدره أزيز كأزيز المرجل من البكاء

Maksudnya:

Abdullah bin syikhir berkata: "Aku melihat Rasulullah s.a.w bersembahyang menjadi imam kami dan dadanya ada mempunyai bunyi esakan kerana menangis seperti bunyi periuk yang menggelegak."
(HR Abu Daud dan Tirmizi)

SAHABAT MENANGIS

وعن أنس قال: (خطب رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة ما سمعت مثلها قط، قال: لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا. قال: فغطى أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وجوههم لهم خنين )


Maksudnya:
Anas r.a berkata: "Rasulullah s.a.w berkhutbah yang tidak pernah ku dengar selama ini." Baginda berkata: "Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Beliau berkata: "Lalu sahabat2 Rasulullah s.a.w menutup wajah mereka dlm keadaan mereka teresak-esak menangis.
(HR Bukhari dan Muslim)

UMAR MENANGIS


Abdullah bin Syaddad berkata: Aku mendengar esakan dari tangisan Umar r.a (sedang menjadi imam) ketika aku berada di belakang sof. Beliau menangis ketika membaca ayat:

((إنما أشكو بثي وحزني إلى الله)) (يوسف: 86)

Maksudnya: Aku hanya mengadu kesusahanku dan kesedihanku kepada Allah.
(HR Bukhari)

UTHMAN MENANGIS

Hanie seorang hamba Uthman telah berkata: Suatu hari Uthman berdiri di tepi kubur sambil menangis sehinggalah basah janggutnya. Lalu ada yang bertanya:"Engkau ingat syurga dan neraka tapi kau tidak menangis, kenapa engkau menangis bila melihat kubur? Beliau menjawab: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

(إن القبر أول منازل الأخرة، فإن نجا منه فما بعده أيسر منه. وإن لم ينج منه فما بعده أشد منه)

Maksudnya:
Sesungguhnya kubur adalah tempat persinggahan pertama dalam menuju ke akhirat. Jika seseorang itu selamat ketika berada di dalam kubur maka selepas itu akan menjadi lebih mudah. Jika dia tidak selamat maka selepas itu akan menjadi lebih sukar.

TANGISAN PARA ULAMA

Suatu hari Fudail bin Iyad membaca Quran surah Muhammad dan menangis. Beliau mengulang-ulang ayat ini:

((ونبلوا أخباركم )) (محمد: 31)

Maksudnya: Dan kami akan singkap dan dedah segala perlakuan mereka.

Beliau berkata: "ENGKAU DEDAH SEGALA CERITA KAMI dan terus mengulang2 dan berkata: "KALAU ENGKAU DEDAH SEGLA PERLAKUAN KAMI…MAKA MALULAH KAMI DAN ENGKAU SINGKAP SEGALA RAHSIA2 KAMI… KALAU KAU DEDAH CERITA KAMI BINASALAH KAMI DAN KENA AZABLAH KAMI…..
Dan beliau terus menangis..

GESAAN NABI SUPAYA KITA MENANGIS

(ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون)

Maksudnya:
Hai manusia! Menangislah kamu.. Jika kamu tak boleh menangis buat2lah menangis (sehingga bleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah ada anak2 sungai sampailah habisnya air mata. Maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka.

(Hadis Hasan)

..

Rujukan: Al-Buka min Khasya tiLLAh oleh Husain 'Uaisyah dan Al-Riqqah wal Buka oleh Ibnu Quddamah al-Maqdisi.


semuanya dari Allah~

on 2.8.07

charging complete =)

on 21.2.07



Alhambulillah..setelah beberapa hari pulang ke Johor mengecas batteri diri,saya sudah kembali untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang..never ending project..walau pun sebenarnya saya belum puas untuk bercuti tetapi jika batteri dicas terlalu lama bimbang akan rosak pula batteri =)

yup semua benda di dunia ini ada hadnya kecuali ilmu dan kasih sayang Allah kepada kita..sedar atau tidak semua benda yang terjadi dalam hidup kita adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita..ramai diantara kita yang berasa kecewa dan merasa menjadi mangsa bila Allah mendatang mereka ujian yang berupa kesusahan..tetapi hakikatnya kita harus bersyukur kerana dengan ujian itu kita tau Allah sedang dekat dengan kita..anggaplah ujian-ujian ini sebagai sapaan dari Allah kepada kita..Allah mahu kita merintih kepadanya..mahu kita mengadu kepadanya..mahu kita memberikan sepenuh berhatian kepadanya..kerana Dia sudah berjanji bahawa Dia sentiasa hampir..menjawab setiap pengaduan bila kita mengadu..maka beruntunglah mereka yang sentiasa mendapat peringatan dari tuhan =)

Ayuh kita melatih diri kita mencari dan menghayati kemanisan bersabar dan kemanisan redha mudah-mudahan kita dapat terus tebah hati tak belah bagi dalam jalan yang memang dijanjikan dengan ujian dan tribulasi ini..

ALLAH tidakkan memungkiri janjiNya

peringatan buat diri saya yang sering lupa..ujian itu tanda kasih sayang Allah