Emm nak cakap pasal membaca plak kali ni..hehe tak reti nak berbahasa dah..sebenarnye dari dulu lagi saya begitu tidak gemar dengan peperiksaan..hmm mengapa?kerana terpaksa menjadi hipokrit membaca dan memaksa diri membaca sesuatu yang bukan pada mood nye (alasan) tetapi siapa kata saya tidak suka membaca??saya membaca novel sejak darjah1..masih saya ingat novel kanak-kanak seperti tujuh penyiasat,lima sekawan,anak-anak hadi,siri hadi dan apa lagi namakan sahaja semua saya habiskan. Dulu dikampung saya di Batu Pahat,terdapat sebuah kedai buku yang besar..pada ketika usia (sekolah rendah) itu itulah syurga dunia bagi saya..saya habiskan hampir berejam untuk memilih buku =) sangat seronok ketika itu sebab semua perbelanjaan ditanggung beres..melangkah ke darjah lima saya merubah haluan pembacaan kepada bacaan yang agak berat dan seperti novel sejarah,dan bahan bacaan terjemahan inggeris..ermm antara yang saya masih ingat,kesumat (tentang perjuangan tok janggut menentang penjajah) nyiur tunggal (perjuangan di naming) Serigala laut (kisah pengembaraan seorang Englishman yang terpaksa menjadi hamba di sebuah kapal yang akhirnya menjadi nakhoda) dan banyak lagi buku-buku yang sudah saya khatam di sekitar usia itu..
Baru-baru ini saya melihat kawan-kawan saya sedang membaca buku hari-hari dalam hidupku karya zainab al-ghazali..saya masih ingat pertama kali saya menghabiskan buku itu dikala berusia 13 tahun atau tujuh tahun yang lalu..haa ingat lagi my dad when he gave me that book, he told me.."if you can finish that book I will give you 10 ringgit..” wow time tu 10 ringgit memang dah kaye dah..then i started to read that book, at first of course my motivation to read that book is because the ten ringgit laa but then after I finished the first ten pages..wow sangat seronok..I cant resist to not to stop from reading it.. thanks abah =) that book really change my life and of course I got the ten ringgit..Somehow my age become 5 years ahead than my real age haha..Saya mula mencari buku-buku yang berkaitan dengan zainab, ikhwan muslimin dan yang berkaitan dengan mereka..apa yang membuat mereka begitu tegar dan gagah..?saya juga terfikir kenapa abah bagi buku tu untuk saya baca? [bab ni kita bincang di posting lainye]
Ermm disekolah menengah pula saya didedahkan or terdedah dengan karya sasterwan dan karyawan Negara seperti A.Samad Said,Usman Awang,Othman Puteh,sape lagi ye?? ermm hehe faisal tehrani ngan isa kamari saya tak kenal lagi masa itu..owhh seronoknye mase sekolah-sekolah dulu..aaa mase sekolah dulu saya pernah bergabung dengan Auzan dalam persatuan Bahasa Melayu..dengan Ustazah hawanis.. Kami melawat rumah GAPENA dapat jumpa A.Samad Said!!l
Saya amat-amat-amat suka membaca..tapi saya lemah menulis dari sekolah sampai sekarang..anda lihat sahaja penulisan saya -_-“ disekolah subjek bahasa melayu penulisan antara yang saya paling lemah.. tapi orang kata saya boleh ber “cakap” hehe dan saya lihat pun begitu..saya lemah menulis dalam semua bahasa tetapi agak mahir bercakap dalam semua bahasa..
ermm bahasa sesuatu yang indah dan menyeronokkan..saya suka belajar bahasa baru..anda mahu tahu??ketika saya di turki saya Berjaya menguasai asas komunikasi bahasa Turki dalam masa seminggu!! Orang turki tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa lain selain bahasa mereka sendiri..semua ini salah Kamal At-tartuk!!dahulu semua orang turki mampu berbahasa Arab..selang satu genrasi sahaja semua org turki sudah tidak mampu berbahasa Arab..Dahsyat bukan orang itu..Oleh sebab itu saya membeli kamus inggeris-turki-inggeris untuk berkomunikasi dengan mereka..dan saya Berjaya!!betul tak shahir?aiman? hehe kalau mereka baca blog ini la..
Sudah lama saya ingin menulis..ingin menjadi penulis yang baik sebagaimana saya boleh bertutur dengan baik..hmm kini saya sudah mempunyai blog sendiri..boleh menulis sesuka hati =) Alamak saya kena berhenti menulis..sudah terlalu panjang..jika anda sudah sampai di baris ini..terima kasih saya ucapkan kerana membaca!!
1 comments:
ayat dia macam baca surat khabar da..
Post a Comment