durian,rewang dan kawin :)

on 4.8.08

Alhamdulillah..last weekend dapat pulang bercuti
bersempena majlis walimah kakak sepupu dan juga bersempena musim duiran heheh
bertolak dari gombak dengan uncle ba`da isyak dan sampai dalam pukul 1.00 a.m
hehe sampai-sampai je semua orang belum tidur..

haha pkul 1.30 a.m terus melantak durian!!

pagi-pagi terus ke rumah pangantin untuk be-rewang :)

semua masak style kampung ^__^

pakai kayu api lagi

perosak "plan diet bulan" saya
perghh lauk kambing dia..nyum nyum

ade sape tak pernah kenal mangkuk tingkat?? :p

huhu meriah sangat..siap ade "letup-letup-keluar-kertas-kilat"
ape ntah name dia..

pasangan
Sit Sarah & Asrie

*tammat*

"karnival" protes

on 7.7.08








syiria the return!!

on 23.4.08

Qatar airWays yang setia menganggkut kami
transit 8jam yang dimanfaatkan sebaiknya
*gambar pak arab sekadar hiasan*

hon dan asap yang menyambut kami =)
heh
lepas selesai muqabalah untuk tentukan mustawa sume peserta ke Maqam Arbain
puncak maqam Arbain
*hmm 6 ke 11?*
makan!!nasi ManDy kambing..


reban ayam at Impian Jaya

on 8.12.07

di celahan pasu dan pokok

ni la pintu masuk ayam-ayam ni..kayu katil

zoom in sket ayam katik ni


ok ni la dia pasangan bahagia dalam reban ni..berapa kali bertelur
tapi asyik kena makan ngan binatang lain..

haaa sape kate rumah teres tak boleh nak bela ayam??this is my dad projek petang-petang ;)
mantap tak??so sape nak blue print dia boleh mail or text me ya!!


alhamdulillah

on 22.11.07

alhamdulillah..jaulah bermisi 5 hari di Istanbul sudah tuntas..
banyak pengalaman yang amat amat amat berharga dan tak akan dilupakan..
banyak yang saya pelajari dari pak-pak ini..
banyak juga yanf saya timba dari kenalan-kenalan baru di sana..
tentang cabaran da`wah mereka disana..
idea-idea baru bagaimana menarik perhatian masyarakat..
dan banyak lagi..
ermm tak dilupakan semangat yang dititipkan oleh pejuang-pejuang
pembebasan al-quds dan penyatuan ummah dari pelbagai lapangan
dari medan perang sehinggalah medan penulisan..
kita harus bergerak
walaupun hanya sejengkal yang kita mampu..
kerana itulah yang akan dinilai Allah..
bukan pada hasil semata..

ucapan dari wakil mursyidul am Ikhwan Muslimin

p/s:

iAllah perkongsian lanjut akan dibuat kemudian
kalau bukan di blog..di program-program akan datang..

Mengapa menulis

on 1.11.07

Orang kata menulis itu mudah..apa tidaknya?? Anda kenal huruf dan anda tahu mengeja lalu anda boleh menulis..tetapi mampukah anda menyampaikan apa yang anda ingin sampai secara berkesan??saya selalu risau setiap kali ingin menekan butang publish post.anda tahu mengapa??ermm betul! Kerana saya takut penulisan saya disalah tafsir,kerana saya takut orang tidak memahami apa yang ingan sampaikan, juga kerana saya takut orang mengkritik penulisan saya..dengan erti kata lain saya ini penakut..hehe entah ape yang saya takutkan pun saya tidak pasti..tetapi saya punya sejarah tersendiri tentang menulis!! saya masih ingat saya pernah menulis sesuatu yang menggemparkan institusi pendidikan HIDAYAH di hehe..ada sesiapa pelajar SMIH JB yang msih ingat..buku tersebut pernah diharamkan penjualannya seketika??yep anecdotes..buku yang diterbitkan sempena ulang tahun ke-10 sekolah saya yang tercinta.. Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru!!! Ermm masih saya ingat tajuk anecdote yang saya tulis. “sedar tak sedar” saya tulis karya panas yang saya nukilkan ketika saya mengambil kursus bahasa di Mesir selama 4 bulan =) Suhail Asri ingat lagi tak??patutnye Zaid O ade copy dia.. nnt saya tanye org di Cardiff itu..
Dalam nukilan tersebut saya muatkan hampir segala kenakalan saya di sekolah terutamanya di asrama.. nasib baik tak cerita semua hehe kalau tak,tak tau la bley masuk skolah lagi ke tak lpas tu..ermm kalau dapat cari balik softcopy dia saya akan postkan bi blog kecil ini =)
Ermm sekarang saya mempunyai sebab tersendiri untuk menulis..saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang ada..idea yang terlitas di minda..dan perasaan yang sarat dihati..ermm saya harap yag membaca mengambil manfaat dari ape yang baik..dan ambil iktibar yang yang buruk hehe..takuk banyak yang buruk dari baik je..saya mula dapat merasakan betapa menulis ini dapat mengurangkan tekanan =) sekurang-kurangnye dapat luahkan masalah yang remeh-temeh supaya ruang yang telah dikosongkan tadi dapat saya gunakan untuk masalah yang lebih berat ;)

Hehe saya perlu sambung menelaah pelajaran kembali..doakan saya menghadapi ujian akhir semester ini ya!!


30/10/07 – Muamalat fil Islam (Arabic) 2
03/11/07 – Law of Contract 2
07/11/07 – Law of Tort 2
09/11/07 – Islamic legal System (Arabic) 2
12/11/07 – Ayat Al-Ahkaam wa AhadisuHa (Arabic) 2


Urmm kejap je dah nak masuk 2nd year dah 4 years to go!!


“Allahumma thabbit aqdamana `ala dinika wa`ala ta`atika”

jangan tidoo~!!!

membaca


Emm nak cakap pasal membaca plak kali ni..hehe tak reti nak berbahasa dah..sebenarnye dari dulu lagi saya begitu tidak gemar dengan peperiksaan..hmm mengapa?kerana terpaksa menjadi hipokrit membaca dan memaksa diri membaca sesuatu yang bukan pada mood nye (alasan) tetapi siapa kata saya tidak suka membaca??saya membaca novel sejak darjah1..masih saya ingat novel kanak-kanak seperti tujuh penyiasat,lima sekawan,anak-anak hadi,siri hadi dan apa lagi namakan sahaja semua saya habiskan. Dulu dikampung saya di Batu Pahat,terdapat sebuah kedai buku yang besar..pada ketika usia (sekolah rendah) itu itulah syurga dunia bagi saya..saya habiskan hampir berejam untuk memilih buku =) sangat seronok ketika itu sebab semua perbelanjaan ditanggung beres..melangkah ke darjah lima saya merubah haluan pembacaan kepada bacaan yang agak berat dan seperti novel sejarah,dan bahan bacaan terjemahan inggeris..ermm antara yang saya masih ingat,kesumat (tentang perjuangan tok janggut menentang penjajah) nyiur tunggal (perjuangan di naming) Serigala laut (kisah pengembaraan seorang Englishman yang terpaksa menjadi hamba di sebuah kapal yang akhirnya menjadi nakhoda) dan banyak lagi buku-buku yang sudah saya khatam di sekitar usia itu..

Baru-baru ini saya melihat kawan-kawan saya sedang membaca buku hari-hari dalam hidupku karya zainab al-ghazali..saya masih ingat pertama kali saya menghabiskan buku itu dikala berusia 13 tahun atau tujuh tahun yang lalu..haa ingat lagi my dad when he gave me that book, he told me.."if you can finish that book I will give you 10 ringgit..” wow time tu 10 ringgit memang dah kaye dah..then i started to read that book, at first of course my motivation to read that book is because the ten ringgit laa but then after I finished the first ten pages..wow sangat seronok..I cant resist to not to stop from reading it.. thanks abah =) that book really change my life and of course I got the ten ringgit..Somehow my age become 5 years ahead than my real age haha..Saya mula mencari buku-buku yang berkaitan dengan zainab, ikhwan muslimin dan yang berkaitan dengan mereka..apa yang membuat mereka begitu tegar dan gagah..?saya juga terfikir kenapa abah bagi buku tu untuk saya baca? [bab ni kita bincang di posting lainye]


Ermm disekolah menengah pula saya didedahkan or terdedah dengan karya sasterwan dan karyawan Negara seperti A.Samad Said,Usman Awang,Othman Puteh,sape lagi ye?? ermm hehe faisal tehrani ngan isa kamari saya tak kenal lagi masa itu..owhh seronoknye mase sekolah-sekolah dulu..aaa mase sekolah dulu saya pernah bergabung dengan Auzan dalam persatuan Bahasa Melayu..dengan Ustazah hawanis.. Kami melawat rumah GAPENA dapat jumpa A.Samad Said!!l

Saya amat-amat-amat suka membaca..tapi saya lemah menulis dari sekolah sampai sekarang..anda lihat sahaja penulisan saya -_-“ disekolah subjek bahasa melayu penulisan antara yang saya paling lemah.. tapi orang kata saya boleh ber “cakap” hehe dan saya lihat pun begitu..saya lemah menulis dalam semua bahasa tetapi agak mahir bercakap dalam semua bahasa..
ermm bahasa sesuatu yang indah dan menyeronokkan..saya suka belajar bahasa baru..anda mahu tahu??ketika saya di turki saya Berjaya menguasai asas komunikasi bahasa Turki dalam masa seminggu!! Orang turki tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa lain selain bahasa mereka sendiri..semua ini salah Kamal At-tartuk!!dahulu semua orang turki mampu berbahasa Arab..selang satu genrasi sahaja semua org turki sudah tidak mampu berbahasa Arab..Dahsyat bukan orang itu..Oleh sebab itu saya membeli kamus inggeris-turki-inggeris untuk berkomunikasi dengan mereka..dan saya Berjaya!!betul tak shahir?aiman? hehe kalau mereka baca blog ini la..


Sudah lama saya ingin menulis..ingin menjadi penulis yang baik sebagaimana saya boleh bertutur dengan baik..hmm kini saya sudah mempunyai blog sendiri..boleh menulis sesuka hati =) Alamak saya kena berhenti menulis..sudah terlalu panjang..jika anda sudah sampai di baris ini..terima kasih saya ucapkan kerana membaca!!